Nuffnang

JATUHKAN PRESIDEN : Boleh Percaya Ker Mahfuz Ni?



"Tiada siapa hendak jatuhkan Presiden Pas," demikian tegas Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar mengenai desas-desus yang mengatakan terdapat gerakan dalam Pas untuk menjatuhkan presiden.

Kah..Kah..Kah..... Boleh percaya ke dengan apa yang Mahfuz cakap ni? Bukan setakat di kalangan ahli UMNO atau seteru politik, tetapi di kalangan ahli PAS sendiri pun dah cukup masak dengan gerakan menjatuhkan Hj. Hadi dari jawatan Presiden.


Ust Nasruddin Tantawi, AJK PAS Pusat merangkap Ahli Majlis Syura Ulama PAS pun siap boleh update status facebook dia kata "ada sungguh usaha nak jatuhkan Presiden tu". Habis tu atas bukti atau hujah apa pula Mahfuz masih nak menafikannya?

Menurut Mahfuz, semua ahli sepakat ketika memilih Abdul Hadi dan ahli Pas sama sekali tidak akan mengkhianati pemimpin yang dipilih mereka. SEPAKAT?

Lama dah aku tertunggu-tunggu kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS YB Hj Mahfuz Omar ni. Sejak kecoh pasai isu MB Selangor aku rasa Ketua Penerangan PAS ni macam menyorok dari wartawan.

Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, mungkin Ketua Penerangan PAS ni sendiri pun 'pening' dengan isu krisis MB Selangor terutama siri tindakan TG Presiden yang mungkin tak dimaklumkan kat dia.

Tapi dalam isu gerakan nak singkirkan TG Hj Hadi ni aku rasa Ketua Penerangan PAS ni memang cukup bermaklumat. Takkan sebagai Ketua Penerangan dia tak dapat hidu kalau betul ada gerakan macam tu.

Aa lagi komen Mahfuz?

"Tidak pernah wujud gerakan. Ini mungkin kami meraikan perbezaan pendapat, kerana itu ada yang berfikir seolah-olah wujud gerakan seperti ini.

"Kami menghormati Presiden Pas dan saya beranggapan paparan media sahaja yang menggambarkan perkara itu wujud, sedangkan tidak," katanya kepada media, di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini Pas saling mencari persamaan khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Isu ini membuatkan Pas seperti tidak sependapat.

"Ia juga membuatkan kami terpaksa menanggung beban sedangkan ia bukan berpunca dari Pas sendiri," katanya. - Ibid.

Mahfuz Oh Mahfuz... Apa pulak dengan komen di Fb ni?

Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadhir dalam pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 tempohari , bagaimana Shaikh Umar Bagharib bin Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan PAS Pusat yang turut hadhir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK PAS Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS pusat ? . Menganggap Tuan Guru Presiden PAS sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatan Kuasa PAS Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan Presiden PAS tanpa perlu pun menunggu muktamar. - Facebook.

Apa komen? Kah...Kah...Kah....... Teringat satu kes Sidang Media yang dibuat Mahfuz berkenaan salah laku sebuah agensi kerajaan yang mana akhirnya Si Mahfuz tersipu-sipu malu sendiri apabila disapa oleh Menteri Berkaitan di Parlimen dan dengan selamba menjawab :

"Aku bukan apa......saja ja nak kacau-kacau sikit, biasa la tu....hehehe..."

Kah....Kah..Kah.......
Mahfuz yang ku kenal
10 Yang Dikata
Satu pun tak tentu lagi boleh percaya.....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top