Nuffnang

#MH370 : Misteri Kehilangan Bakal Terungkai?


 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang menjadi misteri kepada dunia sejak ia hilang 8 Mac lalu.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut dan terkejut dengan laporan media itu."Saya nak tahu akhbar apa dan bila berita itu disiarkan. 

Saya akan tanya rakan saya Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) sama ada beliau ada berkata begitu.

Saya tidak dimaklumkan tentang perkara ini," katanya hari ini. Laporan berita Indonesia, Tempo.co, semalam memetik ketua polis republik tersebut, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir. 

Dalam perkembanga terkini dilaporkan sebanyak 58 objek keras dikesan di selatan Lautan Hindi dan usaha akan dibuat untuk mengenal pasti sama ada objek-objek berkenaan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hilang daripada radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan, pada 8 Mac lepas.

 - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top