Nuffnang

#MH17 : Najib - Beri Ruang Tanpa Batasan Buat Malaysia Untuk Siasatan Sepenuhnya!!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata, Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

“Jika didapati ia benar-benar ditembak jatuh, kita menggesa agar pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan”, katanya dalam sidang media pagi ini.

Katanya, pihak kerajaan Ukraine percaya bahawa pesawat itu ditembak jatuh, tetapi perkara itu masih belum dapat disahkan.

“Buat masa ini, Malaysia masih belum dapat memastikan punca tragedi ini tetapi kita perlu mengesahkannya, dan kita akan berbuat demikian,” katanya.

Tambahnya, beliau telah berhubung dengan rakan sejawat di Ukraine yang memberi jaminan untuk berunding dengan “kumpulan pemberontak” bagi membolehkan operasi menyelamat diteruskan.

“Ukraine akan berunding dengan pemberontkan bagi menubuhkan koridor kemanusiaan di kawasan pesawat terhempas.

“Siasatan tidak boleh dihalang dalam apa jua cara. Kita mesti mendapat akses sepenuhnya ke kawasan pesawat terhempas dan tiada siapa boleh campur tangan atau mengalihkan apa-apa serpihan, termasuk kotak hitam,” katanya.




Ia merujuk pada keadaan di kawasan bencana, yang melibatkan konflik di antara pasukan keselamatan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia.

Laporan awal menyebut, operasi mencari dan menyelamat diganggu oleh kumpulan “pengganas bersenjata”.

Menurut Najib, pesawat tersebut tidak membuat sebarang panggilan kecemasan dan pesawat itu juga disahkan selamat untuk membuat penerbangan oleh pihak berkuasa antarabangsa.

Kawasan yang dilalui MH17 juga tidak tertakluk kepada sekatan penerbangan, katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Malaysia nak siasat??? Ehmmm.. ngabiskan beras aja. Tak mana selesainya klau Msia yg siasat. Nanti klau di tanya seban hari statement sedang disiasat, tau2 kes tutup tanpa ada apa2 tindakan. Berapa banyak kes yg sedang disiasat makan taun tapi tak gak selesai. Msia cuma juara dlm menyiasat kes2 yg BN cipta dan ada-adakan keatas Pembangkang.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top