Nuffnang

Ops Bunga Pula Dilancarkan!!



KUALA LUMPUR: “Ops Bunga” kini dilihat semakin trending menerusi Twitter dan Facebook, iaitu satu acara khas yang dicadangkan oleh seorang rakyat Malaysia untuk meletakkan bunga di hadapan Pejabat Kedutaan Filipina di Jalan Changkat, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Ianya bertujuan menyakinkan rakyat Filipina di Malaysia, dan rakyat Malaysia dari kaum Sulu bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai.

Menurut pencadang acara tersebut, Joe Lee, pada mulanya tindakan ini hanya ingin dilakukan diantara rakan-rakan rapatnya bagi menyampaikan mesej kepada rakyat negara Filipina bahawa mereka inginkan yang terbaik di antara hubungan kedua negara ini.

Namun setelah memuat naik cadangannya menerusi akaun Twitter, dia mendapati begitu ramai rakyat Malaysia yang menyokong dan bersetuju dengan tindakan aman yang tidak mengira bangsa, agama mahupun pendirian politik itu.

Joe Lee berkata, cadangan damai “Ops Bunga” ini bukan suatu perhimpunan serta tiada kaitan politik, ketika dihubungi

“Walaupun orang Filipina bertindak membakar bendera negara kita di hadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Manila, kita di sini tidak perlu bertindak seumpamanya malah buktikan kepada mereka bahawa Malaysia merupakan sebuah negara aman yang menolak keganasan”, kata Joe Lee.

Bagi mengelakkan Ops Bunga disalahertikan, peserta dilarang membawa sepanduk, slogan mahupun melakukan tindakan yang memalukan negara Malaysia seperti berkumpul dan melaungkan kata-kata yang mampu mencemari suasana keamanan yang ingin ditonjolkan.

Cara terbaik adalah datang menghadiahkan bunga, doakan keamanan Malaysia dan menghargai pejuang dan wira negara yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.


Tambahnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anuar talah dijemput bagi menunjukkan teladan yang baik kepada peserta selain membuktikan acara ini tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Menurut pencadang, “Ops Bunga” bakal diadakan pada 8 Mac ini bermula jam 2.30 petang.


Butiran lengkap mengenai “Ops Bunga”.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top