
Kesultanan Sulu - Rosaria Mohon Maaf

FILIPINA: Setiausaha Luar Filipina, Albert Del Rosario akan menghantar permohonan maaf secara rasmi kepada keluarga waris Kesultanan Sulu kerana meminggirkan kumpulan itu dalam perjanjian rangka kerja Bangsamoro.
Dalam satu kenyataan, Rosario mengakui terlepas pandang tuntutan oleh waris Kesultanan Sulu.
Menurut Rosario, Raja Muda Agbimmudin Kiram menghantar sepucuk surat kepada Setiausaha Luar Filipina pada 2010, beberapa hari sebelum Benigno Aquino ketiga mengambil alih jawatan Presiden.
Antara isi kandungan surat tiga tahun lalu ialah mengenai peranan Kesultanan Sulu dalam rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Justeru, Rosario mengakui bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan itu.
Perjanjian rangka kerja Bangsamoro antara MILF dan Manila telah ditandatangani Oktober tahun lalu.
- SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



insurance premium hike in line with bnm s interim ...

allahuakbar baru baru ni ada laporan matahari terb...

menikmati durian black thorn di titi kerawang stal...

nasib ahli perniagaan didakwa pukul pengawal perib...

pmx maklum mahb diserang penggodam tuntut wang teb...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....