MORAL PASUKAN POLIS TINGGI - KETUA POLIS NEGARA
Moral pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan rakyat Sabah kekal berada di tahap yang tinggi walaupun lapan anggota pasukan keselamatan itu terkorban dalam insiden pencerobohan Kampung Tanduo, di sini dan di Semporna.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata insiden pertempuran di Kampung Tanduo, di sini Jumaat lepas dan serangan hendap terhadap anggota polis di Semporna pada Sabtu tidak mampu melemahkan semangat pasukan dan anggota PDRM dalam menjamin keamanan dikekalkan di negeri itu.
"Mereka kini berada di tahap moral yang tinggi selepas mendengar rakan mereka gugur dalam menghadapi perkara itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Ismail berkata faktor lain yang menaikkan moral pasukannya ialah kejayaan operasi mereka yang menyebabkan 19 orang anggota kumpulan penceroboh terbunuh.
Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.
Di Semporna, enam anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu
lepas.
Sementara itu, Zulkifeli berkata beliau mengarahkan satu kompeni untuk mengukuhkan kedudukan anggota pasukan dalam menjaga keamanan di daerah Kunak.
Kehadiran tentera itu untuk membantu polis menjaga ketenteraman di kawasan berkenaan, katanya.
- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



number of flood victims in johor remains at 909 pe...

here s how we re helping developers build safer an...

starvendors kl mega raya fest 2025 festival no 1 k...

selangor govt ordered to release pjd link impact a...

family camping journey ini camping kami yang ke 16...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....