KLIK SINI Untuk Maklumat Terkini Dari Masa Ke Semasa
6.00 ptg - SIDANG MEDIA PAT DAN KPN
- Operasi Pengusiran oleh ATM di Kg. Tanduo dan Kg Tanjung Batu bagi kuasai laluan paya dan hutan yang menghubungkan kedua-dua kampung tersebut seluas 5 km.
- Pasukan forensik belum dihantar ke kawasan operasi kerana keadaan masih merbahaya. Tidak mahu insiden sebelum ini berulang iaitu diserang ketika melakukan tugas pengecaman dan pengesahan.
- Tiada senjata ditemui
- Operasi memasuki kawasan baru tetapi tiada sebarang tentangan atau pertempuran
- 27 ditahan pagi tadi kira-kira jam 10.00 pagi. Mereka ditahan ketika di dalam bot dan dalam keadaan mencurigakan. Telah dihantar ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut
- Chegubard Presiden SAMM turut menyatakan sokongan. Namun dalam dia menghantar nota penghargaan buat anggota keselamatan, dia turut menimbulkan lima persoalan melalui satu kenyataan media antara lain yang turut mempersoalkan kegagalan risikan keselamatan sambil mendakwa kemungkinan ia terjadi ekoran anggota yang terhad dan beban tugas yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja risikan untuk kepentingan politik domestik.
12.10 tgh hari - sidang media KPN dan PAT
- Gerakan penceroboh dalam kumpulan-kumpulan kecil - KPN
- "Flush" perlu dibuat di Kg Tanjung Batu - PAT
- ATM memfokuskan kpd Kg Tanduo dan Kg Tanjung Batu dalam operasi dan yakin bahawa penceroboh akan masuk semula - PAT
- Berlaku tembak menembak dengan seorang penceroboh jam 8 pagi tadi dan menjadikan jumlah penceroboh yang ditembak mati 53 orang.
- 79 ditahan untuk siasatan
11.10 pg - Kelab Putera 1Malaysia menyumbangkan 10 tan makanan dan keperluan asas untuk tiga lokasi yang menempatkan penduduk kesan daripada krisis pencerobohan ini
10.30 pg - Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Azeez Abdul sedang mengadakan pertemuan dengan KPN & PAT
9.40 pg - Kelab Putera 1Malaysia akan menyampaikan bantuan makanan hari ini
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....