Nuffnang

KRISIS LAHAD DATU - ADUN PUTUSKAN SEMUA HUBUNGAN DENGAN SULUK FILIPINA

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mengumumkan putus hubungan dengan sebahagian kelompok suku kaum Suluk di Mindanao, Filipina yang berniat jahat dan memudaratkan negara.






Jelasnya, sentimen sama turut dikongsi pemimpin-pemimpin akar umbi dari kalangan suku kaum Suluk.

"Perkara ini sudah menyebabkan banyak masalah sehingga kita kehilangan lapan orang anggota keselamatan kita, dan perkara ini tidak boleh dimaafkan dan tidak menguntungkan kepada kita kalau berbaik dengan mereka kalau ini niat mereka untuk merosakkan kita." jelas ADUN berketurunan Suluk itu dalam satu temubual ekslusif dengan Astro AWANI di Lahad Datu.

"Kita bukan nak putus (hubungan saudara) dengan semua (kaum Suluk di Mindanao). Kalau yang baik, tidak kira orang asing atau tempatan, kalau (mereka) baik, kita baik. 

Sementara itu, Datu Nasrun percaya orang Suluk di Malaysia tidak lagi memberikan sokongan dan perlindungan kepada pihak pengganas yang dikhuatiri menyelusup masuk ke dalam kampung-kampung kerana sudah sedar golongan tersebut membahayakan negara.

"Orang-orang (berketurunan Suluk) tempatan tidak akan bertolak ansur dalam hal ini memandangkan ia melibatkan soal keselamatan. Jika sebelum ini mereka datang tanpa diketahui niat mereka namun sekarang kita sudah tahu." tambah Datu Nasrun.

Beliau juga mengakui insiden ini memberikan sedikit stigma kepada masyarakat etnik Suluk, namun beliau percaya stigma tersebut hanya sementara.


Sementara itu, Datu Nasrun menyambut baik pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.


Pada masa sama beliau mencadangkan agar kerajaan mewujudkan lebih banyak Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di sepanjang Pantai Timur Sabah, termasuk di Lahad Datu bagi mengawal kemasukkan pendatang Filipina dan memudahkan mereka masuk secara sah ke negeri ini.


Ketika ini hanya terdapat tiga CIQ di Pantai Timur Sabah melibatkan Semporna, Sandakan dan Tawau.

Laporan media Filipina sebelum ini menyebut seramai 800,000 rakyatnya kini di Sabah.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top