
DESAKAN EKTRADISI JAMALUL KIRAM @ SULTAN SULU SEMAKIN KUAT

Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokongan melalui beberapa kenyataan.
"Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah negara ini.
Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnya bersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskan undang-undang dikaji terlebih dahulu.
"Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlu main peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undang antarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya.
Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan berkata, pencerobohan itu mengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.
"Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripada Jamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota polis walaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya.
Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada Muhamed pula berkata, dari sudut hubungan diplomatik, kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) Datuk Mohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undang antarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



number of flood victims in johor remains at 909 pe...

here s how we re helping developers build safer an...

starvendors kl mega raya fest 2025 festival no 1 k...

selangor govt ordered to release pjd link impact a...

family camping journey ini camping kami yang ke 16...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....