Nuffnang

BONGKAR!!! Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar - Waris Sultan Sulu



Pembongkaran oleh waris Sultan Sulu ini amat mengejutkan!! Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya berkata, mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.


"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.

Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara, Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan Persekutuan Malaysia.

Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.

Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan.

- BERNAMA




Sultan of Sulu in Chicago







Share this article

5 Komen:

  1. Hanya Sultan Sulu palsu saja akan tergamak melanggar batasan adat bangsa dan agama. Itu yang kita lihat hari ini. Namun ramai juga meninjau sama ada keghairahan Anwar Ibrahim berpolitik juga telah tersentuh sempadan adat, setia pada negara dan raja, kekhudusan agama dan iman.

    BalasPadam
  2. Mesti ada sebab mereka datang ke Sabah. . .kenapa tak tanya pada Mahathir? Dia penyebab ramai pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan oleh kerana kegilaan politik untuk berkuasa. . .nah sekarang makan diri sendiri, baru padan muka aku! ! ! Muhasabah diri. . .jangan asyik nak salah kan orang saja. . .sikit2 Anwar Ibrahim. . .kenapa dengar nama Anwar Ibrahim ajer rasa gerun ker? atau politik takut kalah. . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ben Sugeh.. Hang ingat semua Suluk kat Sabah itu pendatang ke? Ape ke singkat pemikiran ko..? Suluk tu penduduk asal bahagian Timur Sabah jugak.. Thanx la Tun M buat lagu tu.. kalau x bilangan org Islam kat Sabah tu minoriti amat.. jangan la jadi bebal sangat..

      Padam
    2. Ntah! ape la Ben Sugeh ni !

      Padam
    3. dia x layak letak nama ben sugeh... tukar jd goblok sugeh... hahaha ckp tu gunala akalkan kan? kan?...

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top