GAGASAN ASPIRASI WANITA MUDA DILANCAR
KUALA LUMPUR 2 Mac - Gagasan Aspirasi Wanita Muda yang dilancarkan hari ini memberi ruang kepada golongan itu menyuarakan impian dan harapan mereka kepada Perdana Menteri.
Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan (MPWK), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usaha itu dijayakan berikutan MPWK sentiasa prihatin dengan suara golongan wanita muda di negara ini.
Katanya, program ini bertujuan untuk memastikan masa depan wanita muda terjamin, impian mereka tidak ketinggalan dan memberi ruang serta tempat dalam bidang kerjaya mereka.
“Melalui program ini, pihak kami akan menjelajah ke seluruh negara dan memberi peluang kepada wanita muda menyatakan impian mereka sebelum diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tercapai," katanya selepas melancarkan program tersebut di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Jiwa Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin memberitahu, program tersebut dapat membantu wanita muda agar lebih yakin dengan diri sendiri untuk mencapai kejayaan.
“Saya harap program ini akan terus diperkembangkan di peringkat negeri-negeri dan mendapat sambutan yang baik daripada seluruh wanita muda di negara ini.
“Program ini mampu memberi manfaat kepada generasi wanita muda untuk maju," katanya.
Sempena pelancaran program tersebut, seramai 700 peserta terdiri daripada wanita muda telah menulis nota harapan masing-masing untuk disampaikan kepada Perdana Menteri. -
© Utusan Melayu (M) Bhd
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



isu kuil bukan penindasan kaum india

number of flood victims in johor remains at 909 pe...

here s how we re helping developers build safer an...

raya couple pose ideas 2025 contoh posing bersama ...

starvendors kl mega raya fest 2025 festival no 1 k...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....