Nuffnang

Status Terkini Pencerobohan Pasukan Bersenjata Di Lahad Datu 23-02-2013




KUALA LUMPUR 23 Feb - Keputusan akan diserahkan kepada pihak Wisma Putra berhubung permintaan kerajaan Filipina yang meminta agar tarikh akhir kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu meninggalkan Kampung Tanduo, Lahad Datu dilanjutkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,pihaknya dimaklumkan berhubung perkara tersebut oleh Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Anifah Aman.

"Namun begitu, pihak kementerian akan menyerahkan kepada pihak polis untuk melancarkan operasi bagi menamatkan konflik tersebut.

"Kedaulatan negara dan maruah rakyat Sabah tidak perlu dipandang ringan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jentera parti Barisan Nasional (BN) Sembrong di sini hari ini.

Sebelum ini, KDN telah memberi jaminan proses pengusiran kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu akan dilakukan dengan selamat.

Beliau berkata, proses pengusiran itu akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada pertumpahan darah berlaku di antara pihak berkuasa dengan kumpulan tersebut.


Dari SUMBER 2 yang lain pula :

Insiden pencerobohan sudah masuk hari ke 10. Seperti yg di ketahui pihak polis memberi jaminan bahawa rundingan telah tamat dan proses pengusiran bermula. Oleh kerana pihak bersenjata masih tidak berganjak maka MMP mengandaikan bahawa tindakkan seterusnya sudah jelas.


Namun sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan di ambil ke atas penceroboh.




Pihak polis membuat rangkaian sekatan dan cordon yang paling ketat. Baru2 ini wartawan Al Jazeera di tahan di tengah laut ketika cuba menceroboh.





VAT 69 bersedia untur di atur gerak



Kisahnya bermula apabila IPD Lahad Datu telah menerima maklumat sekumpulan lelaki telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, dilaporkan membawa senjata M16. 






Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan... atau dalam kata lain.. buat aku sakit hati je.





Berita terkini penceroboh2 tersebut berikrar tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, mereka tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan.


Forum Pertahanan Tempatan PANGGILANPERTIWI.MY telah membuat poll mengenai insiden ini di FB. Kawan2 boleh baca di FB mereka di FB PANGGILAN PERTIWI .. mungkin sakit hati kawan 2 akan kurang sikit kut.






Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top