Nuffnang

SELANGOR - Rakyat Tuntut Janji Manifesto Ditunai Atau PR Tumbang!!!


AMPANG, 21 Feb – Semakin hari semakin ramai rakyat Selangor bangkit mendesak kerajaan negeri Selangor supaya menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Terbaru, seramai 5000 ibu bapa dari Ampang dan Pandan menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji dalam manifesto PRU-12, untuk memberi bantuan prasekolah RM50 sebulan, bagi setiap anak mereka.



Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, majoriti penduduk yang ditemui kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai alasan dan syarat apabila rakyat menuntut janji, sedangkan ketika kempen PRU-12 lalu, pakatan pembangkang mengatakan semua rakyat layak menikmati kemudahan dijanjikan itu jika menang.
“Manifesto itu juga merujuk kepada seluruh keluarga tanpa mengira jumlah pendapatan kerana tiada syarat dikenakan. Ini bermakna anak-anak setiap keluarga di Selangor yang mengikuti pendidikan di taman bimbingan kanak-kanak (tabika) atau taman didikan kanak-kanak (tadika) layak mendapat elaun RM50 sebulan.
“Kerajaan Selangor hari ini jelas gagal memenuhi janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008. Jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas,” ujarnya selepas menyertai demonstrasi aman kumpulan ibu bapa sekitar Ampang dan Pandan di Jalan Lembah Jaya Selatan, dekat sini hari ini.
Dalam masa yang sama, BBRS menafikan dakwaan kononnya menghalang atau menakutkan ibu-bapa prasekolah untuk menerima bantuan dari kerajaan pakatan negeri Selangor.



“Kenyataan yang dibuat dalam laman web ‘Selangorku’ merupakan kenyataan yang melulu dan tidak bertanggungjawab, satu pembohongan besar dengan menuduh kerajaan pusat menyekat bantuan Skim Tunas kerajaan negeri Selangor.
“Persoalannya, kerajaan negeri tidak telus untuk menyampaikan maklumat menyeluruh kepada rakyat Selangor khususnya kepada ibu-bapa yang mempunyai anak di pra-sekolah, mengapa pilih bulu, mengapa pilih kasih.”
Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, pembangkang yang mengeluarkan manifesto berhubung pemberian elaun itu wajar menunaikan janji sebaik sahaja memenangi pilihan raya umum yang lalu.
Kerajaan negeri pandai berdolak-dalik dengan janji yang ditabur apabila mengenakan syarat iaitu keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan saja dapat menerima bantuan ini.
Ujarnya, dalam manifesto, ia bermaksud semua anak Selangor yang memasuki prasekolah layak mendapat RM50 sebulan tanpa mengira pendapatan keluarga mereka.
“Bukan setakat tuntutan bantuan RM50 untuk anak-anak di sekolah tadika, tuntutan air percuma, tuntutan elaun ibu tunggal malah kerajaan negeri akan turut berdepan tindakan saman apabila seramai 50,000 warga emas dijangka memfailkan saman berhubung caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
“Kita akan membantu warga emas menuntut caruman mereka hingga ke lubang cacing kerana mereka telah ditipu dan dieksploitasi oleh pakatan pembangkang untuk menang pada PRU-12 di Selangor. Kita juga terpanggil untuk membantu golongan warga emas terbabit membuat tuntutan melalui saman mahkamah setelah hampir lima tahun kerajaan negeri tidak memenuhi janji-janji dalam manifesto semasa PRU- 12,” ujarnya yang juga Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor. – MediaUMNO
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top