Nuffnang

Statistik Perlawanan AC Milan VS Barcelona Liga Juara-Juara 21-02-2013


KEPUTUSAN PERLAWANAN AC MILAN VS BARCELONA VS AC MILAN 21 FEBRUARI 2013,VIDEO HIGHLIGHT PERLAWANAN AC MILAN VS BARCELONA UEFA CHAMPION LEAGUE LIGA JUARA JUARA EROPAH 2013



Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Pasukan yang jaringkan gol lebih daripada lawan mereka akan menang. Itu yang terjadi di San Siro sebentar tadi. Pengalisis sukan menjangkakan Barcelona akan menang mudah jika diperhatikan persembahan mereka dalam La Liga dan rekod jaringan Messi. 


Namun AC Milan yang beraksi di laman mereka tahu perlawanan timbal balik ini tidak mudah. Justeru sesuatu harus dilakukan sebelum mereka bertandang ke Camp Nou. Bekalan 2 gol tanpa bolos cukup baik tambahan mereka mampu menyekat kemaraan pemain Barcelona yang menguasai 73 % permainan.




Daripada jumlah itu, Barcelona hanya membuat 1 cubaan tepat ke arah penjaga gol Milan. Pelik tapi benar. Messi juga gagal mempamerkan aksi cemerlang beliau dalam perlawanan penting sebegini akibat dikawal 2-3 orang pemain Milan.






Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan Milan kerana begitu disiplin sepanjang perlawanan. Mereka tidak gentar dengan kehebatan barisan pemain Barcelona yang gemar melakukan hantaran pendek di hadapan mereka.

"Dalam bola sepak ianya tidak bergantung pada berapa banyak penguasaan bola pasukan anda tetapi bergantung pada jumlah gol yang dijaringkan kerana matlamatnya hanya untuk menang"


Secara kebetulan pula kedua penjaring gol Milan pernah beraksi dengan kelab England - Portsmouth yang kini beraksi di Liga Kejuaraan (Divisyen 1).


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top