LIVERPOOL - Liverpool menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam lima
perlawanan lalu apabila berpesta gol menewaskan Swansea City 5-0 di
laman sendiri, Anfield pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi
tadi.
Kapten
Pasukan, Steven Gerrard yang gagal menyempurnakan penalti ketika
menentang West Bromwich Albion minggu lalu tetap diberi kepercayaan
untuk mengambil sepakan itu apabila Suarez dijatuhkan dalam kotak
penalti.
Pemain baru Liverpool, Philippe Coutinho turut beraksi cemerlang dengan menjaringkan gol sulung beliau untuk Liverpool di EPL.
Lima gol Liverpool diraih menerusi penalti daripada Steven Gerrard
minit ke-34, Philippe Coutinho (46’), Jose Enrique (50’), Luis Suarez
(56’) dan terakhir penalti yang dimanfaatkan dengan baik oleh Daniel
Sturridge (71’).
Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool mengumpul 39 mata di tangga
ketujuh liga ketinggalan 26 mata di belakang pendahulu Manchester
United. - AFP
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....