Dana Usahawan Muda (YEF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan belia sebagai salah satu strategi berterusan untuk membudaya dan membentuk usahawan di kalangan belia di Malaysia.
Tujuan dana ini adalah bagi menyediakan alternatif kepada usahawan muda dalam mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan mahupun bagi memenuhi keperluan perniagaan sedia ada.
Konsep Pembiayaan
Pembiayaan adalah berlandaskan Syariah (Cth: Bai' Inah, Bai' Bithaman Ajil, Ijarah, Ijarah Thummal Bai')
Tujuan & Marjin Pembiayaan
A) Keperluan Modal Pusingan
Jenis Modal Pusingan | Marjin Pembiayaan |
Modal Pusingan – Pembelian bahan mentah, stok, kos overhed, ubahsuaian, promosi & pengiklanan dll | Sehingga 100% |
Nota:
‘Reimbursement' adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.
B) Pembelian Aset Perniagaan
Jenis Modal Pusingan | Marjin Pembiayaan |
Alat-alatan kecil, mesin & peralatan, peralatan pejabat dll | |
Baru | Sehingga 95% |
Lama | Sehingga 70% |
Nota:
- Pembiayaan semula adalah tidak dibenarkan
- ‘Reimbursement' adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.
Had Pembiayaan
Minimum : RM50,000
Maksimum: RM100,000
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 7 tahun termasuk maksimum 1 tahun tempoh pernafasan (‘grace period')
Kadar Keuntungan
5% setahun (‘Annuity Monthly Rest')
Kelayakan
- Belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memiliki perniagaan
- Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd
- Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon yang berstatus Belia mestilah individu yang memegang perkongsian / saham majoriti melebihi 51% DAN individu Belia tersebut adalah pembuat keputusan utama dalam firma / syarikat
- Memiliki kelayakan minimum Sijil Keusahawanan / Sijil Vokasional
- Pemohon yang tidak memiliki Sijil Keusahawanan / Sijil Vokasional boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), SME Bank
- Syarikat / firma yang baru bermula (‘start-up') iaitu beroperasi kurang dari 1 tahun, boleh dipertimbangkan
KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....