Nuffnang

BR1M : Rafizi Kata Sapa Terima Akan Gila dan Mati!!!


Ketika ini, ramai di kalangan rakyat yang sedang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional atas inisiatif yang diambil kerana merasai denyut nadi rakyat. Ada yang tersenyum kerana telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan tidak kurang mereka yang belum menerima sumbangan tersebut sedang menanti dengan penuh kesabaran.

Di dalam kesibukan itu, ada juga di kalangan pimpinan pembangkang di kawasan dan tidak ketinggalan juga penyokong dan pengikut mereka yang sedang memikirkan kaedah yang terbaik untuk mengambil sumbangan tanpa perlu berhadapan dengan orang ramai.

Ini kerana dari satu sudut, mereka merasakan menjadi satu kerugian sekiranya melepaskan peluang ini manakala dari sudut lain, merasa malu dengan diri sendiri dan kelakuan mereka ekoran tindakan dan kata-kata yang pernah dilemparkan terhadap pimpinan dan kerajaan (Barisan Nasional) BN sebelum ini.




Sebagai contoh semalam bertempat di Dewan Parit Raja, Yang Dipertua Pas Kawasan Sri Gading, Hashim Jusoh adalah antara penerima BR1M yang hadir menerima bantuan tersebut yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz.

Penulis tidak ingin mempersoalkan hak beliau sebagai rakyat untuk menerima bantuan dari kerajaan itu. Ini kerana, penulis sedar mereka-mereka ini sebenarnya telah terpengaruh dengan dakyah dan ideologi diajarkan oleh pimpinan pembangkang.

Antara yang sering dimomokkan ialah, pemberian tersebut bukan merupakan duit BN tetapi merupakan wang rakyat sebagai pembayar cukai. Namun yang menjadi persoalan ialah, mereka-mereka inilah yang sebelum ini sering melaungkan, kononnya kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kepentingan rakyat.

Kononnya kerajaan pimpinan Umno ini sering menindas dan melakukan pelbagai penyelewengan, sehinggakan ada segelintir di kalangan mereka yang bersikap melampau sehingga sanggup mengatakan ia adalah dari sumber yang haram dan sebagainya.

Namun bila mana, kerajaan yang pernah dan sering di caci hamun ini memberikan bantuan dan sumbangan, merekalah antara yang akan hadir dan sanggup menebalkan muka sekaligus menelan kembali semua kata-kata yang pernah diungkap dahulu.

Sedangkan sekiranya benar tuduhan mereka yang mengatakan kerajaan zalim, mana mungkin kerajaan BN/Umno boleh menjadi begitu prihatin dan pemurah semata-mata untuk membantu mengurangkan beban rakyat.

Mana mungkin kerajaan yang melakukan penyelewengan, tidak cekap mengurus tadbir perbendaharaan dan kewangan negara, mampu menyalurkan bantuan yang besar kepada rakyat. Ini kerana secara rasionalnya, kegagalan kerajaan dalam mentadbir akan menyebabkan ekonomi jatuh merudum sekaligus menjejaskan kewangan negara.




Dengan itu, sudah pasti kerajaan tidak akan mampu mempunyai lebihan wang yang dapat diagihkan kepada rakyat dan masyarat yang memerlukan. Ini kerana bantuan tersebut melibatkan peruntukan yang besar iaitu kira-kira RM2.6 billion setahun, itu belum lagi di ambil kira bantuan-bantuan lain.

Dan yang paling sekiranya, bantuan yang diberikan itu haram mengapa mereka-mereka ini sanggup pula menunggu dan beratur panjang untuk mengambil bantuan tersebut. Bukankah memakan rezeki yang haram itu merupakan satu dosa? Sedangkan sebagai pemimpin parti Islam di kawasan, bukankah mereka-mereka ini sering mendakwa ‘lebih Islam’ dari orang lain dan arif tentang masalah hukum ‘Haram dan Dosa’ di dalam agama?

Kesimpulannya apa yang di harapkan mereka-mereka ini akan sedar dan mampu menilai apa yang pernah dilakukan sebelum ini adalah merupakan kesilapan kerana terpedaya dengan permainan politik mereka yang kemaruk hendak menjadi perdana menteri. Ini kerana pimpinan pakatan pembangkang hanya mampu memberikan janji ‘bulan dan bintang’ tetapi tidak akan melaksanakan. 

Lihat sahaja kerajaan pimpinan mereka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Apa yang telah mereka berikan kepada rakyat? Apakah semua janji yang pernah dikatakan semasa membentang manifesto pilihanraya itu telah terlaksana? Atau ia hanya sekadar janji yang bukan untuk ditepati.

Berbanding kerajaan BN/Umno yang melaksanakan semua janji sesuai dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan’.

Sumber - Klik Sini
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top