Apa? Biar betul Beb!!! Tapi kenapa Sarawak? Kenapa PAS tidak sertai BN secara keseluruhannya? Perjumpaaan Husam Musa dengan pemimpin NO. 1 di Sarawak ini membuka lembaran baru dalam kancah dunia politik negara ketika ini.
Persoalan terus bermain di fikiran BB mengenai pertemuan ini. ???????
Ketika PAS sedang berperang dengan ahli dan kepimpinannya sendiri berkaitan isu Ustaz Nasha dan Dr. Haron Din, kini timbul pula HUSAM!! Apa sebenarnya agenda pertemuan ini???
Jika merujuk kembali kepada keputusan PRN Sarawak yang lalu, jelas PAS sebenarnya ditolak 99% oleh rakyat Sarawak.
Adakah ini petanda PAS sudah tidak percaya lagi kepada PAKATAN (PR)? Mungkin juga disebabkan rasa takut ketidakselesaan mereka dihidu oleh Pakatan, maka PAS memilih Sarawak sebagai percubaan serta pentas mempersembahkan KETIDAKSELESAAN mereka yang seolah-olah lembu yang diikat tali pada hidungnya.
PAS pada hakikatnya benar-benar tersinggung dengan beberapa perkara yang berlaku dalam PR akhir-akhir ini.
Isu kegagalan HKR112 di Stadium Merdeka, PAS dipersalahkan!!! Padahal, kegagalan sebenar berpunca daripada DAP dan PKR kerana GAGAL membawa keluar ahli-ahlinya seperti yang dirancang. BACA DI SINI.
Paling terbaru dan MENCABAR KEISLAMAN PAS adalah isu kalimah ALLAH! Keputusan Majlis Syura dipermain-mainkan oleh PR khususnya oleh DAP dan PKR. Malah Anwar yang beragama ISLAM itu sendiri tegas membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan ISLAM sepertimana keputusan Konvensyen PR pada 2012. BACA LAGI DI SINI
Begitu juga seorang YB PAS di Kelantan yang dihentam hebat kerana MENGHARAMKAN ahli PAS mengundi bukan ISLAM pada PRU 13 nanti. BACA DI SINI.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....