Nuffnang

PR1MA : Cara-cara Memohon Perumahan Rakyat 1Malaysia





Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Tawaran rumah adalah dari RM100,000 hingga ke RM400,000.

Cara buat permohonan :

1. Semak kriteria kelayakan seperti di bawah :-

Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan  
 pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

2. Pendaftaran akaun di laman web rasmi PR1MA(Memerlukan email yang sah). Jangan terpedaya dengan laman web yang salah

3.  Cara nak daftar amat mudah. Pertama sekali, pergi ke laman web rasmi PR1MA bahagian pendaftaran. Bila selesai boleh check email anda dan sahkan pendaftaran. Kemudian login menggunakan kata laluan semasa pendaftaran



Pendaftaran PR1MA ini amat mudah sekali dengan nombor KWSP & nombor cukai pendapatan (LHDN) diperlukan. Kalau tiada no dimasukkan, pendaftaran akan gagal. DAN jangan sekali-kali memasukkan nombor palsu semata-mata hendak lengkapkan permohonan, mereka boleh batalkan permohonan anda.

Langkah seterusnya sila isikan maklumat pasangan (kalau ada), tanggungan (kalau ada), maklumat hartanah (kalau ada), maklumat tempat bekerja, pilihan rumah PR1MA berdasarkan jenis hartanah (apartment, rumah teres, bilangan bilik dll.), lokasi pilihan.

Kemudian lengkapkan dokumen sokongan. Setelah mendaftar dan mengisi borang permohonan, tunggu langkah berikutnya

4. Perlu kemukan permohonan untuk tujuan pengundian

5. Pemohon akan di saring melalui proses pengesahan

6. Pemohonan yang sah akan di undi secara rawak

7. No undian pengundi yang berjaya akan disiarkan di laman web PR1MA

8. Pengundi yang berjaya akan dihubungi melalui emel dan SMS

9. PR1MA akan menghubungi pengundi yang berjaya dan memaklumkan perincian perumahan yang disediakan 

Nota:

- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut
   turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA
   tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top