KLANG, 17 Feb – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy
Jamaluddin menyeru anak muda di negara ini agar menilai dengan bijaksana
dan rasional dalam membandingkan dasar serta program kerajaan dan
Pakatan Pembangkang terhadap golongan muda di negara ini.
Kata beliau, ada perbezaan besar antara program dan pendekatan yang
digunakan oleh BN dan Pakatan Pembangkang terhadap masa depan anak muda
di negara ini.
“Porgam dan pendekatan BN adalah dengan menghimpunkan anak-anak muda
dalam program-program yang berfaedah serta membuka peluang kepada anak
muda untuk masa depan yang lebih cerah. Program-program seperti BN Youth
Job Fair dan lain-lain lagi, merupakan program dan dasar kerajaan BN
dalam membantu golongan anak muda di negara ini untuk mendapatkan
kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.
“Ini berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh Pakatan
Pembangkang terhadap golongan anak muda. Mereka hanya menggunakan anak
muda dan menghimpunkan golongan ini di jalanan untuk berdemostrasi dan
menghuru harakan keadaan yang boleh menggugat kestabilan negara kita.
“Kita boleh lihat sendiri bagaimana pemimpin Pakatan Pembangkang
mempergunakan anak-anak muda dalam siri-siri demonstrasi jalanan yang
dianjurkan oleh mereka yang hanya bertujuan untuk kepentingan dan agenda
politik mereka semata-mata,” tegasnya ketika berucap dalam program
kenduri rakyat di Kampung Budiman, Meru Klang semalam.
Jelasnya lagi, begitu juga dengan program Bantuan Lesen 1 Malaysia
(BL1M) yang merupakan inisiatif Pemuda BN dalam usaha untuk membantu
anak-anak muda di negara ini mendapatkan lesen motor dengan harga yang
paling rendah di negara ini.
“Kita tahu, ramai anak muda di negara kita yang menunggang motor
tanpa lesen yang sah. Ini disebabkan bayaran yang dikenakan untuk
memperolehi lesen motor agak mahal dan ada di kalangan anak muda yang
tidak mampu untuk membayar harga tersebut.
“ Justeru itu, bagi meringankan beban mereka, serta untuk memastikan
mereka mempunyai lesen memandu yang sah, maka inilah insiatif Pemuda BN
untuk membantu mereka. Sehingga kini, sudah lebih dari 116 ribu anak
muda yang memohon untuk mendapatkan lesen melalui program ini,”ujarnya.
Justeru itu, beliau menyeru anak-anak muda, khususnya jentera-jentera
pemuda BN agar menyampaikan mesej kepada anak-anak muda di sekeliling
mereka, bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun
Razak mampu untuk bantu dan membimbing anak-anak muda di negara ini bagi
mencapai masa depan yang lebih membawa makna dalam kehidupan mereka.
“Saya minta anak-anak muda agar jangan sesekali percaya kepada segala
janji-janji Pakatan Pembangkang. Mereka hanya pandai bercakap dan
pandai berjanji, namun tidak pandai untuk menunaikan janji. Yakinlah
dengan BN dalam menentukan hala tuju dan masa depan yang lebih cerah
dalam mentadbir negara, khususnya untuk masa depan anak muda di negara
ini,” ujarnya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....