Nuffnang

STATEMENT BERAPI!!!! Haram Sokong Anwar Ibrahim - Pemimpin Terttinggi PAS


Mesyuarat tertutup di antara Pas dan PKR Ahad lalu mempertikaikan kerelevanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan menjadi Perdana Menteri, sekiranya Pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13, lapor Amin Iskandar, Penolong Pengarang Berita Malaysian Insider.


Menurut portal itu, satu sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider bahawa persoalan tersebut timbul selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu yang berkata Pas tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.



“Pemimpin tertinggi Pas itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri.









“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh Pas dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan.



Menurut laporan portal itu, satu pertemuan telah dilakukan di antara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.



Isu siapa bakal perdana menteri menjadi topik hangat apabila dua minggu lalu Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan menolak pencalonan Anwar sebagai PM dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut.



Pada November tahun lalu, Ustazah Izzah Masturah Binti Eshmaeel, Ahli Jawatankuasa Ulamak Pelapis PAS (Pusat) turut mendedahkan sikap Dewan Ulama Pas terhadap Anwar sebagai PM.



“Berhubung dengan kritikan bahawa Dewan Ulamak telah menongkah arus kerana Pakatan Rakyat sebenarnya telah bersetuju untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang, masyarakat diajak untuk menilai sejauh manakah kebenaran dakwaan wujudnya persepakatan di kalangan Pakatan Rakyat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahimlah Perdana Menteri Malaysia akan datang.







“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebenarnya belum ada satu ketetapan rasmi yang diambil oleh Pakatan Rakyat berhubung isu ini. Ini bermakna kenyataan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri akan datang yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah pandangan peribadi yang dilantunkan oleh DAP, KEADILAN dan turut juga disambut oleh beberapa pimpinan PAS.



“Akhirnya pandangan yang pada asalnya bersifat peribadi dan bukannya hasil keputusan rasmi Pakatan Rakyat telah berubah menjadi seakan-akan satu pegangan muktamad bagi Pakatan Rakyat sehingga masyarakat Malaysia secara umum turut terkeliru dan turut berkeyakinan bahawa isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri adalah hasil kesepakatan seluruh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.



“Sebenarnya pandangan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih boleh untuk dipertimbangkan. Namun untuk memuktamadkan pandangan ini sebagai satu-satunya pandangan yang mesti dipegang tanpa melalui perbincangan meja bulat adalah satu usaha yang tidak wajar kerana ini akan menatijahkan satu kesilapan fakta dan akan menutup ruang perbincangan terhadap isu siapakah Perdana Menteri akan datang.



“Oleh itu, tidak pelik disuarakan pendirian bahawa individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan adalah Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri,” dedahnya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top