Nuffnang

Anak Kelate Laung “Bo La Wei” Kepada Najib Di Stadium Putra!!!!



Semalam 17 Februari 2013, bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil ribuan anak-anak Kelantan di perantauan telah dipertemukan dalam Himpunan Perdana Anak-Anak Kelate Di Perantauan 2013, perhimpunan sillaturahim sesama Kelantan yang terbesar dan pertama kali diadakan di negara ini.

Stadium tersebut secara keseluruhannya mempunyai kapasiti 16,000 tempat duduk termasuk 3,000 tempat duduk mudah alih, manakala ruang berdiri pula dianggarkan mampu menampung 3,000 orang. Sementara di gelanggang arena pula boleh memuatkan lebih 5,500 orang.








Jumlah kehadiran di himpunan ini dianggarkan melebihi 15,000 orang dengan sebahagian besarnya berpakaian merah sesuai dengan semangat Gelombang Merah yang kini semakin menyemarak di hati sanubari majoriti rakyat Kelantan.

Jika diambil kira ribuan lagi yang berlegar di ruang pendaftaran di pintu masuk utama stadium, mungkin keseluruhan hadirin mencecah sekitar 18,000 orang atau lebih. Sejak jam 11 pagi perkarangan stadium itu telah dibanjiri anak Kelate yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan sama ada dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri berdekatan yang kemudiannya dijamu dengan nasi gulai kawah.

Bagaimana pun disebabkan jumlah meja makan di dalam gelanggang arena stadium tidak mencukupi, ramai yang menjamu selera dengan duduk di atas lantai secara santai, sementara ribuan yang lain lagi terpaksa bersila di ruang luar sekitar perkarangan dan koridor tepi stadium.

Himpunan yang agak meriah ini turut diserikan dengan kehadiran pemain-pemain bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) disamping persembahan dikir barat dan nyanyian oleh beberapa artis tanahair termasuklah Nash, Jay-Jay serta dua tiga orang lagi artis lain.

Program himpunan yang turut mendapat kerjasama Kementerian Belia & Sukan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sekitar jam 5 petang.

Sebelum perasmian, hadirin di bawa menghayati video lagu “Bo La Wei” yang bermaksud “cukup-cukuplah tu” ataupun boleh juga difahami sebagai “sudah cukup-cukup sudah, cukup di sini sahaja” yang merujuk secara langsung kepada pemerintahan PAS di Kelantan.


Sumber - KLIK SINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top