Nuffnang

Demi Treler Besar, PAS Sanggup Jual Agama!!!



Tidak hairanlah jika PAS berkeras tidak mahu keluar daripada Pakatan Pembangkang dan seterusnya bergabung bersama UMNO mempertahankan kesucian Islam. Buktinya telah terhidang di hadapan mata seluruh rakyat Malaysia.

Perasmian kenderaan yang bakal digunakan oleh PAS untuk menjalankan kempen yang kononnya dihadiahkan seorang ‘hamba Allah’ serta ditambah dengan wang derma yang dikutip selama ini telah disempurnakan oleh Presiden parti tersebut di hadapan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut tengahari semalam.




PAS sudah mewah dan mampu menggunakan kenderaan yang baru semenjak bergabung dengan DAP dan PKR yang sememangnya mempunyai pendana sendiri. Treler milik PAS ini telah dilengkapi dengan wi-fi, sistem PA dan janaelektrik tersendiri selain daripada sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki.

Hebat betul Pakatan Pembangkang. Ramai sungguh yang bermurah hati menyalurkan dana kepada parti mereka. Satu ketika dahulu PKR melakukan Jelajah Merdeka Rakyat menggunakan Bas Mewah yang dimiliki oleh si Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya bertambah mewah dengan treler yang terpampang gambar Ketua Umum PKR, Anwar Al-Jub. Kemuncaknya Anwar Al-Jub melakukan Jelajah Merdeka Rakyat ke Borneo dengan menaiki jet persendirian yang juga ditaja oleh seseorang.

Tidak lama selepas itu, DAP pula merasmikan treler berpentas mereka yang bertema ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’. Tidak seperti Anwar yang gila glamour, DAP tidak meletakkan wajah pemimpinnya melainkan memaparkan gambar maskot burung enggang yang besar.

Justeru, demi wang dan kuasa, PAS merelakan diri mereka diperkudakan oleh DAP dan PKR yang terang-terangan menyokong kebebasan beragama yang boleh digunapakai terhadap umat Islam juga seperti yang pernah diperkatakan oleh Nurul Izzah satu ketika dahulu.


Baca lagi - KLIK SINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top