Nuffnang

Demokrasi La Sangat Bila Guan Eng Arah Kepimpinan DAP Dan PKR Tutup Mulut!!!


PULAU PINANG, 21 Feb – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir membidas sikap Lim Guan Eng yang mengarahkan kepimpinan DAP dan PKR Johor agar menutup mulut daripada meluahkan perasaan tidak puas hati berhubung kerjasama kedua buah parti tersebut di Johor semalam.



Kata beliau, sikap Lim Guan Eng itu memperlihatkan seolah-olah beliau sajalah yang mempunyai kuasa di dalam pentadbiran DAP dan pakatan pembangkang.
“Inilah yang dinamakan pentadbiran kuku besi. Seolah-olah cuma dia saja yang ada kuasa, orang lain tidak ada kuasa untuk bercakap. Sebab itu saya berani katakan, tidak ada demokrasi di dalam parti DAP yang diperintah oleh dinasti Lim hari ini.
“Sikap Lim Guan Eng itu sama saling tak tumpah seperti sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Segala-gala keputusan mengenai pakatan dia saja yang akan tentukan. Orang lain tak boleh. Bayangkan bagaimana sekiranya mereka ini memerintah negara. Nanti semuanya hanya mereka saja yang betul, manakala orang lain semuanya salah belaka,” tegasnya kepada UMNO-Online.



Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam seterusnya berkata, begitulah yang berlaku di dalam pentadbiran di Pulau Pinang di mana segala keputusan terletak di tangan beliau sehinggakan exco negeri tidak berani untuk membantah atau mengkritik Ketua Menteri tersebut.
“Pada zahirnya kita lihat Pulau Pinang diperintah oleh pakatan pembangkang namun hakikat sebenarnya Pulau Pinang bukanlah di bawah kekuasaan pakatan tetapi di bawah kekuasaan Lim Guan Eng. Inilah yang berlaku di dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang hari ini.
“Sebab itu, kita lihat exco kerajaan negeri dari parti Pas dan PKR, seperti Ustaz Salleh Man, Malik Kassim dan Datuk Mansor Othman tidak berani nak kata apa-apa ketika Lim Guan Eng bangkitkan isu kalimah Allah. Mereka langsung tidak berani bersuara, apatah lagi untuk membantah atau mengkritik beliau dalam isu tersebut,” ujarnya.
Justeru katanya lagi, tidak hairanlah apabila exco kerajaan negeri dibawah pentadbirannya sendiri menyifatkan beliau sebagai tokong lantaran sikap pentadbirannya yang bersifat kuku besi dan tidak mengendahkan pendapat atau pandangan dari pihak lain. -MediaUMN
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top