Nuffnang

PENYELEWENGAN : Tidak Adil Salahkan KJ - Mohd Razlan


Penahanan SUB KBS seharusnya dilihat sebagai Kejayaan SPRM menyelesaikan masalah salahguna dana Kerajaan untuk belia. 

Bukan mudah untuk menyiasat salah laku. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berakar umbi mengetahui selok belok proses menguruskan dana.

Pelik juga ramai musuh politik yang megambil kesempatan sehingga menyuruh KJ letak jawatan. 

Walhal seperti yang dimaklumkan oleh SPRM, orang ini begitu licik dan dakwaan SPRM, kejadian salahguna sudah dilakukan pada tahun 2010 lagi dan pada waktu itu bukan KJ yang jadi Menteri.

Seeloknya fokus kepada kejayaan penangkapan ini dan KBS selesaikan proses menguruskan dana Belia ini dengan baik. Sekiranya tak selesai, Belia juga yang akan terbantut pembanggunan dek tidak ada program.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa juga turut mengeluarkan kenyataan media petang tadi susulan kes ini.

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERKENAAN PENANGKAPAN PEGAWAI KANAN KERAJAAN OLEH SPRM
21 MAC 2016


Kerajaan sentiasa memantau aktiviti perolehan di Kementerian-kementerian bagi memastikan perolehan dilaksanakan dengan teratur. Pemantauan ini dilaksanakan,antara lain, melalui pelaporan Ketua Audit Negara pada setiap tahun dan penubuhan Unit Integriti di setiap agensi Kerajaan. Sehubungan dengan pemantauan berterusan tersebut, Kerajaan sentiasa bekerjasama erat dengan SPRM dalam meneliti semua bentuk ketidakakuran dalam perolehan kerajaan sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, bagi menentukan sama ada ketidakakuran itu ada unsur jenayah atau tidak.

Perkara ini melibatkan tindakan pemantauan berterusan, pengumpulan maklumat dan bukti-bukti yang kukuh serta pengecaman identiti pegawai awam yang terlibat dalam sesuatu pelaporan ketidakakuran (non-compliance report) bagi membolehkan suatu tindakan jenayah atau tatatertib diambil ke atas pegawai yang telah dikenal pasti.  Namun begitu, tidak dinafikan bahawa isu-isu ketidakakuran masih boleh berlaku jika terdapat kelemahan-kelamahan dalam peringkat kawalan dalaman.

Sepertimana dimaklumi, YB Menteri KBS pada pagi ini telah membuat kenyataan media yang mengesahkan bahawa individu yang dirujuk dalam isu penyelewengan yang didedahkan oleh SPRM adalah merupakan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan. Kerajaan memandang serius kes sedemikian dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai jika sabit kesalahan.

TINDAKAN SERTA MERTA

Selaras dengan penahanan pegawai oleh SPRM pada Khamis 17 Mac 2016 berhubung kes penyelewengan dana awam, tindakan PENAHANAN KERJA di bawah peraturan 43 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993], akan dilaksanakan. Pihak KBS telah pun mengemukakan perakuan penahanan kerja pegawai tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi maksud pengeluaran perintah tahan kerja.

Sekiranya pegawai dituduh di Mahkamah atas kesalahan jenayah, pegawai akan diambil tindakan menurut prosedur di bawah peraturan 28 P.U(A)395/1993. Dalam hal ini, pegawai akan di TAHAN KERJA sehingga prosiding jenayah di Mahkamah terhadapnya selesai.

Sekiranya pegawai didapati bersalah, pegawai akan di GANTUNG KERJA dan tidak dibayar apa-apa emolumen sehingga Lembaga Tatatertib memutuskan hukuman yang wajar dikenakan ke atasnya yang membawa kepada hukuman maksimum sehingga BUANG KERJA.

Pegawai juga akan disiasat bagi tindakan tatatertib berhubung isu penyelenggaraan taraf kehidupan yang melebihi emolumen atau pendapatan yang sah di bawah peraturan 11, P.U(A)395/1993.

PENEMPATAN PEGAWAI AWAM

Mengenai penempatan pegawai awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan  3 Tahun 2004  Panduan Pertukaran Pegawai Awam menjelaskan bahawa Ketua Jabatan boleh:

i. menukarkan pegawai yang telah berkhidmat antara 3 hingga 5 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif. Jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif adalah jawatan di mana penyandangnya:

a. terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa menguatkuasakan undang-undang;
b. terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa memproses sesuatu permohonan yang boleh menghasilkan pulangan kewangan atau apa-apa bentuk habuan;
c. dikehendaki menjalankan tugas membuat bayaran kepada atau membuat kutipan hasil daripada pelanggan; dan
d. membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan budi bicara sama ada seseorang itu layak atau tidak layak mendapat sesuatu atau telah / tidak melanggar sesuatu peraturan atau undang-undang.

ii. menukarkan pegawai yang telah berkhidmat antara 3 tahun hingga 8 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan bukan sensitif.

Umumnya pegawai akan ditukarkan mengikut ketetapan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan yang mana pengalaman dan pengetahuan pegawai diperlukan, dengan mengambil kira pandangan dan permohonan Kementerian, maka seorang pegawai akan dibenarkan untuk terus berkhidmat di Kementerian berkenaan.


PENGAUDITAN OLEH JABATAN KETUA AUDIT NEGARA KE ATAS KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Mengenai cadangan penubuhan Pasukan Siasatan Bebas, saya telah berbincang dengan YBhg Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara supaya proses pengauditan dijalankan ke atas Kementerian Belia dan Sukan dan Agensi-agensi dibawahnya. Proses ini antara lain, akan meneliti peraturan kewangan yang berkuatkuasa daripada segi sejauh mana peraturan kewangan tersebut telah dipatuhi sepenuhnya oleh KBS serta mengenalpasti kelemahan-kelemahan prosedur kewangan. Jabatan Audit Negara akan melaporkan hasil pengauditan dan mengemukakan kepada Kerajaan penambahbaikan yang perlu dibuat.


Terdahulu, Khairy Jamaluddin telah memberi reaksi dari pihak KBS melalui sidang media di kementeriannya pada sebelah pagi. Boleh Baca KLIK SINI
Share this article

3 Komen:

  1. pegi la siasat LGE kalau berani..

    BalasPadam
  2. Bahri bila nak tukar ke agensi lain.....pegawai Sprm ni boleh lepaskan Guang Eng pergi hainan..harap dia tak balik balik....kan bagus aman sikit Malaysia

    BalasPadam
  3. hahahaha....ketirisan apakah ini....hahahahha

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top