Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

WOW!!! TMJ Dijemput Presiden Real Madrid Adakan Pertemuan


Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Real Madrid CF, Florentino Pérez.

Laman Facebook rasmi Harimau Selatan, Johor Southern Tigers dalam satu kenyataan berkata, baginda berkenan mengadakan kunjungan hormat itu selepas menerima jemputan daripada Pérez.
“Tunku Ismail akan berlepas ke Sepanyol pada 3 Disember 2015 bagi lawatan kerja, untuk meluaskan jaringan usahasama JDT dengan kelab-kelab gergasi dunia.

“Lawatan kerja dimulakan dengan perjumpaan bersama pemilik dan pengurusan kelab Valencia CF. Seterusnya mesyuarat bersama pengurusan FC Barcelona, kemudian kunjungan hormat atas jemputan Presiden Real Madrid CF,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Tunku Ismail turut dijadualkan bertemu Presiden Paris St. Germain, Naseer Al-Khelaïfi untuk membincangkan peluang menjalinkan jaringan usahasama dengan kelab gergasi Eropah tersebut.

Johor Southern Tigers bagaimanapun menegaskan kerjasama JDT dengan kelab Jerman, Borussia Dortmund masih diteruskan. 


Ini petikan di posting page Johor Southern Tiger :

MEMBAWA JDT KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI
Untuk makluman para penyokong sekalian DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, akan berangkat pulang ke Johor pada 20hb November ini. Setelah menyelesaikan tugas-tugas yang berkaitan di Johor, DYAM Tunku Ismail akan berlepas ke Sepanyol pada 3hb Disember bagi lawatan kerja, untuk meluaskan jaringan usahasama JDT dengan kelab-kelab gergasi dunia.
Lawatan kerja akan dimulakan dengan perjumpaan bersama pemilik dan pengurusan kelab Valencia CF, bagi membincangkan usahasama yang bakal dijalinkan antara kedua-dua kelab. Seterusnya adalah mesyuarat bersama pihak pengurusan FC Barcelona, kemudian akan diteruskan dengan kunjungan hormat atas jemputan Presiden Real Madrid CF, Florentino Pérez. Sebelum berangkat pulang ke Johor, DYAM Tunku Ismail dijadualkan untuk bertemu dengan Naseer Al-Khelaïfi, Presiden Paris St. Germain, untuk membincangkan peluang untuk menjalinkan jaringan usahasama dengan kelab gergasi Eropah tersebut.
Sukacita juga dimaklumkan kepada para penyokong bahawa program pembangunan akar umbi JDT yang dijalinkan bersama Borussia Dortmund juga akan diteruskan, sebagai usaha melahirkan pemain-pemain muda yang berkaliber untuk masa akan datang. Segala perancangan yang sedang diusahakan ini bertujuan untuk memastikan masa depan JDT sentiasa cerah, memantapkan sumber dan pengurusan kewangan kelab serta memastikan keterusan projek bolasepak Johor, selain membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi dan dikenali di persada antarabangsa dalam bidang pembangunan bolasepak.
----
TAKING JDT TO THE NEXT LEVEL
For our loyal fans' information, HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor, will return to Johor on the 20th of November. After attending to his duties in Johor, HRH Tunku Ismail will be off to Spain on 3rd December for a working visit, to expand JDT's collaboration network with top clubs in world football.
The visit will begin with a meeting with the owner and management of Valencia CF, to discuss collaboration options between the two clubs. It will be followed by a meeting with the management of Barcelona FC, and also a courtesy visit to Real Madrid CF, by invitation of President Florentino Pérez. Before returning to Johor, HRH Tunku Ismail is scheduled to meet with Paris St. Germain President, Naseer Al-Khelaïfi, to discuss collaboration opportunities with the European giant.
We are also glad to inform fans that the partnership with Borussia Dortmund to develop our youth players will be extended, as means to produce young players with calibre for the future. All these plans are being put into motion to ensure JDT's future will remain bright, as well as to strengthen the club's financial foundation and management, besides ensuring the sustainability of the Johor football project; also to elevate JDT on the global stage and to be recognized in the field of football development.
Hidup Johor Demi Johor
‪#‎BerjuangBersamaKami‬
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top