Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RM2.6 BILLION : SPRM Telah Dapat Pengakuan Penderma, Bukan Duit 1MDB


Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dana politik RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengambil masa kerana ia melibatkan transaksi dan saksi di luar negara.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan mengenai kes itu kerana siasatan baru berjalan beberapa bulan sedangkan ada kes yang mengambil masa sehingga 9 tahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan SPRM bagi menentukan jika terdapat kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Selain itu, Najib akan dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan dan perdana menteri mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut, katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa berkaitan Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, malam tadi.

Razali berkata walaupun siasatan masih belum selesai, SPRM mengeluarkan kenyataan dana RM2.6 bilion itu adalah derma dan bukannya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata kebiasaannya SPRM tidak membuat sebarang pengumuman mengenai hasil siasatan kes yang belum selesai.

"Dalam kes ini (RM2.6 bilion) jangan kata boleh buat (pengumuman) pula, siasatan tidak boleh dikongsi kecuali dengan kebenaran AG (peguam negara) dan pesuruhjaya SPRM. Pengumuman terpaksa dibuat kerana derma yang dimaksudkan bukan daripada 1MDB," katanya.

Beliau berkata pengumuman awal yang dibuat itu juga adalah berdasarkan dokumen yang diperoleh SPRM daripada pihak terlibat.

Katanya, selain itu SPRM juga berjaya mendapatkan pengakuan daripada pihak yang menyalurkan sumbangan dana politik berkenaan.

Sementara itu, Razali berkata pengurangan peruntukan untuk SPRM dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam Bajet 2016 tidak akan memberi kesan kepada prestasi kedua-dua suruhanjaya berkenaan.

"Kebanyakan kementerian alami pengurangan (peruntukan) tapi walaupun ada pengurangan kita tidak akan berkompromi sehingga menjejaskan operasi mereka," katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Nak bohong pun agak2lah. Mana bukti SPRM dah jumpa pendwrma.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top