Nuffnang

KAFA : Kenaikan Elaun Tidak Menggembirakan DAP - PAS Selangor


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menunjukkan sikap tidak gembira dengan kenaikan elauan guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) di Selangor, kata Setiausaha PAS Negeri, YB Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, sikap kebencian Lim ditunjukkan dengan menuduh tiga Exco PAS di Selangor sebagai “buat jahat” kerana berjaya berjuang menaikan elaun guru-guru KAFA sekolah agama di Selangor menjadi RM1,500 bermula tahun 2016.
“Kalau usaha PAS Selangor semenjak 2008 ini dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat sendiri boleh menilai”.

“Apakah PAS Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?,” soalnya dalam satu kenyataan

Tambahnya lagi, dalam sidang Dewan undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menyokong pelantikan bekas Timbalan Pengerusi DAP Selangor T. Chandra Mohan dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dilantik sebagai anggota Dewan Negara mewakili Selangor bagi tempoh tiga tahun akan datang.

“Jika ini juga dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka kita anggap beliau terlalu angkuh dan sengaja mengundang masalah.

“Kita percaya ramai ahli DAP di Selangor masih rasional dan tidak bersetuju dengan pandangan tersebut,”katanya lagi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tuduh PAS Selangor akan buat kerja jahat jika DAP tidak ada dalam kerajaan negeri. Beliau berkata demikian ketika berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 pada Ahad, 15 Nov
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim pada Ahad yang berkata DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS “tidak buat jahat” di negeri itu.

Lim yang juga Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang PAS melaksanakan “dasar yang tidak baik” kepada rakyat negeri itu.

“Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, Husam (adalah) ADUN PAS Kelantan yang kata (mengenai) skandal ini.

“Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor.

“Kita nak tahan PAS daripada buat jahat, macam dia buat jahat di Kelantan,” katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 pada Ahad.

Beliau mengulas pandangan seorang perwakilan Selangor yang mahu DAP meninggalkan kerajaan negeri jika Menteri Besar Azmin Ali enggan memecat PAS.

Dalam ucapannya itu, Lim juga mendakwa PAS kini telah berpihak kepada Umno dan menganggap undi kepada pati Islam itu sama seperti mengundi Umno.

Beliau turut berkata, PAS sekarang sudah berubah daripada dahulunya menolak parti rasis seperti NGO PERKASA kepada sekarang yang bekerjasama dengan pengerusinya Datuk Ibrahim Ali.

“PAS sekarang sudah memihak kepada Umno, kita lihat kenyataan daripada pemimpin PAS, macam undi PAS serupa undi Umno.

“Satu undi PAS sama dengan satu undi Umno, tak ada beza langsung.

“(Mereka) sokong sama (Perdana Menteri) Najib dalam skandal 1MDB ataupun dalam skandal derma,” kata Lim
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top