Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TUMPUAN : Pertemuan Najib-Obama Tarik Perhatian Dunia


20 NOV : Pertemuan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dijangka berkisar kepada isu keseimbangan dalam mengekalkan hubungan strategik Washington-Kuala Lumpur.

Obama sebelum ini mendekati Najib sebagai rakan kongsi utama yang dicari dalam mengukuhkan pakatan serantau di tengah-tengah kebimbangan terhadap kebangkitan China.


Pun begitu, pelbagai isu-isu panas yang disensasikan pembangkang menyebabkan hubungan Washington Kuala Lumpur diteliti dunia sekaligus meningkatkan tuduhan dan tekanan bahawa Washington telah meletakkan isu geopolitik mengatasi prinsip teras demokrasi negara itu.

Pertemuan kedua mereka dijangka berlangsung petang ini.

Sebelum itu, Obama tiba di Kuala Lumpur Jumaat petang untuk sidang-sidang kemuncak berkaitan ASEAN bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang dihoskan Malaysia selaku pengerusi ASEAN 2015.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang kira-kira 3.20 petang.

Obama sebelum ini pernah mengadakan lawatan negara tiga hari di Malaysia pada April 2014.

Obama yang berpakaian sut biru gelap kelihatan melambai tangan dengan karisma tersendiri sebaik keluar dan menuruni tangga pesawat Air Force One yang dikawal anggota keselamatan. Presiden AS itu disambut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Duta Malaysia ke AS, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Duta AS ke Malaysia, Joseph Yun dan Duta AS ke ASEAN, Nina Hachigian.


Tahap kawalan keselamatan bagi menyambut ketibaan Presiden AS di pangkalan tentera udara itu diperketatkan dengan wakil media yang menunggu Obama, tiga jam lebih awal dari masa ketibaan, menjalani tiga tahap pemeriksaan identiti. 

Ia berikutan ancaman keganasan yang bertujuan mengganggu gugat perjalanan sidang kemuncak yang dihadiri pemimpin dari 18 negara itu selepas serangan militan IS di Paris, seminggu lalu. Sebaik turun dari pesawat Air Force One, Obama kelihatan bersalaman dengan mereka yang menunggu ketibaannya.

Obama kemudian menaiki kenderaan khas Presiden AS, "The Beast" yang sedia menunggu di kawasan itu dikawal pasukan keselamatan presiden. Hari ini Obama dijadualkan mengadakan sesi Town Hall dengan alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu negara.

Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-10 bermula esok sebelum berlepas pulang pada Ahad ini. Beliau juga dijadual memberikan ucapan di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) di ibu negara, esok. 

Obama sebelum ini menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Manila, Filipina. Kali terakhir lawatan Presiden AS ke Malaysia adalah pada 1966 di mana Presiden Lyndon Johnson ketika itu berusaha meraih sokongan serantau dalam kempen AS dalam perang Vietnam.
Share this article

1 Komen:

  1. Sign saja TPPA, tak perlu jawab apa-apa bila rakyat tanya... macam 1MDB dan 2.6 bil tu lahhh.... mendiamkan diri lebih selamat...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top