Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

1MDB : Arul Kanda Disaran Buat Penerangan Kepada Pro Tun


Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy digesa memberi penerangan secara langsung kepada beberapa pemimpin yang didakwa tidak faham tentang situasi sebenar syarikat itu pada masa kini.

Gesaan itu dibuat oleh beberapa peserta yang hadir ke Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 yang diadakan secara terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

“Kenapa jemput kami orang-orang yang sudah setuju dengan 1MDB?

“Jemputlah ‘puak-puak’ seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tony Pua dan Lim Kit Siang yang tak faham atau buat-buat tak faham (1MDB),” kata seorang peserta yang naik ke pentas semasa sesi soal jawab bersama Arul Kanda.

Menjawab soalan itu, Arul Kanda berkata beliau telah bersedia untuk bertemu dan menjelaskan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh golongan yang ‘tidak sehaluan dengan kerajaan’ termasuklah Pua dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Mengenai beberapa pemimpin yang terus lantang mengkritik 1MDB kerana didakwa tidak faham isu dan sepatutnya dijemput hadir ke majlis itu, beliau berkata sememangnya majlis ini terbuka kepada semua pihak.

“Setahu saya Datuk Ahmad Maslan sudah buka jemputan untuk semua pihak.

“Jadi majlis ini memang betul telus, tak ada apa nak disembunyi,”katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Aku dah baca catatan apa yang diucapakan oleh arul tentang 1MDB semua nya menyeleweng , yang pelik dan menakutkan hadirin terdiri dari ahli umno boleh tepuk tangan apabila kanda kada hutang 1MDB di bayar RM 5 bllion dalam lima tahun pada goldman sach oii... apa punya bodoh hutang bayar begini tinggi pun tepuk tangan , kemudian , konon tujuan beli tpp kuasa tenaga untuk turun harga elektirk tapi 2014 tarif letrik naik sampai hari ini , kemudian tanah TRX asal hak bumiputra 100% 1MDB dari kerajaan dengan harga terlalu murah dah tak boleh bayar hutang nak jual kepada syarikat asing hak bumiputra tergadai boleh si bahalol yang hadir tepuk tangan apa punya bodoh punya melayu , mana berani nak jemput golongan yang mempertikaikan 1MDB mesti kencing dalam seluar , pihak arul dan najib akan cari jalan untuk elak , dasar penipu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top