Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

IZZAH PENGKHIANAT? Desakan Bekas Ketua Polis Negara Dan Arahan Segera Zahid Hamidi Kepada PDRM


Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat hubungan antara Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram yang merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III kerana ia membabitkan keselamatan dalam negara.

“Pihak polis perlu menyiasat hubungan beliau dengan anak perempuan sultan Sulu itu kerana melibatkan keselamatan dalam negara,” ujarnya.
Ujar Musa, tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh mengundang persepsi negatif dalam kalangan orang ramai dan negara luar.

Tambahnya, perbuatan bergambar dengan mana-mana individu yang disifatkan sebagai musuh negara termasuk mereka yang menceroboh negara adalah perkara sensitif.

“Perkara tersebut adalah sensitif (kepada rakyat Malaysia) kerana orang yang beliau (Nurul Izzah) bergambar adalah mereka yang telah menceroboh negara,” katanya.

Memetik laporan Malaysian Digest, Musa menjelaskan tindakan Izzah itu dibimbangi boleh menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat atau negara luar yang beranggapan bahawa pihak tertentu di Malaysia mempunyai hubungan dengan penceroboh negara.

“Kita tidak mahu pula nanti orang menganggap bahawa pihak tertentu di Malaysia ada hubung kait dengan pihak disana (penceroboh Tanduo Lahad Datu, Sabah).

“(Oleh itu), beliau (Nurul Izzah) perlu menjelaskan kenapa (bergambar) untuk mengelakkan spekulasi,” ujarnya.

Beberapa hari ini, negara dikejutkan dengan paparan gambar-gambar yang menunjukkan Izzah bersama Jacel Kiram menjadi viral di media sosial hingga menimbulkan kemarahan orang ramai, terutamanya warga Sabah.

Mereka menyifatkan tindakan Izzah ini sebagai tidak sensitif dalam membabitkan perasaan orang Sabah dan keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina itu.

Sementara itu, Kerajaan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk melihat aspek perundangan yang boleh digunapakai bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang bertemu dengan puteri Jamalul Kiram III di Filipina, 9 Nov lalu.


“Secara operasi saya serahkan kepada pihak polis. Kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak dialu-alukan seolah-olah mencabar dan meletakkan orang Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan oleh keluarga Kesultanan Sulu khususnya Jamalul Kiram III.

“Tindakan itu seolah-olah memberi pengiktirafan kepada pihak pencerobohan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas pertemuan dengan Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitand di Putrajaya, Jumaat.

Sebagai Ahli Parlimen, Izzah katanya tertakluk kepada beberapa tatacara yang boleh diambil tindakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat sekiranya terdapat usul untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

Nurul Izzah pada 9 November lalu memuat naik gambar pertemuannya dengan Puteri Jacel H Kiram, di laman Facebook miliknya yang mendesak pembebasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top