Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PAS Sudah Isytihar Perang - SU DAP


Meroyan dan terus meroyan. Tanpa Melayu DAP takkan ke mana. Tapi seperti biasa, mereka terus angkuh menuding jari mencari kesalahan orang lain. 

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengisytiharkan "perang" terhadap parti itu.

Katanya, ia ekoran PAS mengumumkan hasrat bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum ke-14.

"(Selain itu) serangan tidak berasas daripada PAS terhadap DAP juga boleh dilihat dari tuduhan liar presiden PAS yang mendakwa DAP cuba memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan untuk 'menghalalkan' perjudian dan arak kepada masyarakat beragama Islam," katanya.



DAP menjawab saranan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli supaya parti dalam Pakatan Harapan mengelak berkonfrontasi dengan PAS kerana tidak beri manfaat sedangkan objektif utama mereka untuk mengalahkan BN.

Anthony Loke mengulas saranan Rafizi itu antara lain bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang, dan itu memerlukan Pakatan Harapan untuk melibatkan diri dengan PAS.

MP Pandan itu berkata Pakatan Harapan dan blok pembangkang boleh mencapai pendirian bahawa mereka mungkin tidak bersetuju terhadap dasar tertentu dan pandangan tertentu, tetapi tidak boleh lupa bahawa musuh utama mereka adalah BN dan Umno.‎

Dalam kenyataannya, Anthony Loke berkata semua parti dalam gabungan baru pembangkang itu perlu menyedari kepimpinan tertinggi PAS menyatakan hasrat terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan BN yang ditunjangi Umno.

"Bukti yang terbaru ialah keputusan PAS untuk tidak menolak Bajet 2016 di Parlimen semalam," katanya

Bagaimanapun, Anthony memuji keberanian tiga MP PAS Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) yang berani menolak bajet 2016 bertentangan dengan hasrat PAS Pusat.

"Namun, keberanian tiga ahli Parlimen PAS ini tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan tertinggi PAS yang dilihat lebih mesra dengan Barisan Nasional daripada Pakatan Harapan pada ketika ini," katanya.

Sehubungan itu, Anthony yang juga MP Seremban berkata DAP tidak menolak sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk mencapai matlamat "satu lawan satu” dengan BN pada pilihan raya umum ke-14

"Namun pimpinan tertinggi Pakatan Harapan perlu sedar dan realistik bahawa pimpinan tertinggi PAS pada hari ini tidak akan berkompromi dengan Parti Amanah Negara dan DAP.

"Sudah tentu PKR cukup memahami perkara ini kerana mereka juga pernah dikhianati oleh PAS di beberapa kerusi yang ditandingi oleh PKR dalam PRU 13," katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. DAP pengeluar produk alvin tan penghina Islam dan menjadi kebanggaan penyokong pkr dan pan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top