Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HINA AGAMA : Zahid Arah KPN Tangkap Individu Berkaitan!!!


Tiada lagi maaf!!! Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar diminta mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menghina agama walaupun berada di luar negara.



Arahan itu diberikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tindakan individu tertentu termasuk yang bertindak mengoyak al-Quran dan menggunakan helaiannya untuk mengelap najis adalah satu penghinaan dan tindakan kurang ajar.

“Saya tidak akan kompromi dengan sesiapa saja sama ada yang berada di dalam atau luar negara malah tindakan akan dilakukan.

“Jangan jadikan inovasi dan kebebasan bersuara sebagai medium untuk menghina agama, kita ada pegangan agama dan tatasusila, kita hormati agama dan bangsa lain,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian Online.


Zahid berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya.

Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. 


Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan.Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama Islam. Apa yang penting dalam hal ini ialah, betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara. 

Tujuannya, agar setiap peruntukan penting dalam undang-undang di negara kita dapat difahami mengapa ia berlaku sedemikian rupa. Pemahaman mendalam mengenai sejarah negara dan undang-undang tidak syak lagi dapat mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana pihak terhadap suatu peruntukan undang-undang itu.

Penulis tak sabar menantikan kesudahan kepada arahan ini.
Share this article

2 Komen:

  1. Tangkap si Alvin tu serahkan dia pada IS, suruh ISIS ajar dia. Kita ni lembut sangat.

    BalasPadam
  2. sudah la...ckp ko bukit pun blh runtuh gegarannya tp tindakan habuk pun tarak..bkn sehari si alvin tu hina islam dah berkali dah tp apa pun xde..makin menjadi2 ada la dia...kwn dia si rapper tu pun sama...malas nak caya lgi la cko ko..xtau camana menteri yg ckp bergegar tanpa tindakan blh jd tpm n menteri kdn...ketara sangat parti bn skrg ketandusan menteri yg hebat...rimas dengan segala retorik...kotakan la apa yg ko ckp baru aku nak percaya..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top