Nuffnang

BERKECAI : Dalang Serangan Paris Berjaya Dibunuh!!!


Pihak berkuasa Perancis mengesahkan dalang utama serangan di Paris, Abdelhamid Abaaoud, terbunuh dalam serbuan polis di tengah bandar Saint-Denis, di utara Paris.

Selain cap jari, identiti mayatnya yang hampir berkecai dikenal pasti berdasarkan tapak tangan dan tapak kaki.

Menurut CNN, dalam operasi selama enam jam itu, seorang wanita yang dipercayai sepupu Abaaoud, dilaporkan meletupkan dirinya manakala seorang lelaki maut.

Lebih lima ribu peluru telah dilepaskan selain senjata berat telah digunakan dalam serbuan yang dibuat pada Rabu.

Sementara itu France 24 melaporkan Perdana Menteri Perancis Manuel Valls memberi amaran negara itu bakal berdepan dengan serangan senjata kimia dan biologi.

Dalam situasi yang sama, Dewan Rendah negara itu telah mengundi untuk melanjutkan tempoh darurat kepada tiga bulan dan keputusan itu akan ditentukan Dewan Tinggi
Share this article

2 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top