Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

LAWAK : ADUN DAP Berbalah Sesama Sendiri Di DUN P. Pinang


Kah..kah...kah.... sesama sendiri pun bercakaran, macam mana nak berkhidmat untuk rakyat? Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh apabila isu menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada hanya tiga penggal dibangkitkan.

Menariknya, cadangan itu dibuat Adun DAP sendiri.

“Cadangan ini perlu disusuli dengan satu jawatankuasa khas bagi mengkajinya secara mendalam.

“Hal ini penting agar proses pendemokrasian berlangsung dengan lebih progresif,” kata Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu sewaktu membahaskan Bajet 2016, Isnin.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini katanya, pernah mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada tiga penggal dan perkara itu perlu dibuat kajian mendalam.

Cadangan Yee Cheu itu bagaimanapun, menyebabkan beberapa Adun DAP lain tidak berpuas hati dan bangun untuk mencelah.

Yee Cheu bagaimanapun tidak memberikan ruang untuk Adun DAP Jawi, Soon Lip See dan Adun DAP Air Itam, Wong Hong Wai untuk mencelah.

Hong Wai yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri bagaimanapun sempat menyindir Yee Cheu dengan menganggapnya berani kerana membangkitkan isu itu.

Yee Cheu bagaimanapun membalas dengan berkata beliau tidak memerlukan sebarang pujian.

Malah Hong Wai turut mengkritik Yee Chew kerana enggan memberinya ruang untuk mencelah perbahasannya.

Perang mulut sesama Adun DAP terbabit hanya berakhir apabila Timbalan Speaker, Datuk Makhtar Shafei meminta Hon Wai duduk bagi membolehkan Yee Chew meneruskan perbahasannya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top