Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KANTOI!!! CEO Terkemuka Terpaksa "REMOVE" Posting?


Nak gelak boleh, nak marah boleh, tak buat apa-apa pun boleh. Terpulang kepada anda semua. Terkekeh-kekeh penulis ketawa apabila diberitahu seseorang bahawa seorang CEO bank yang tersohor bertaraf dunia terpaksa memadam kenyataannya di laman sosial instagram gara-gara tajuk sebuah portal pro-pembangkang, semalam.
Padanlah beliau sering tersasar dari maklumat sebenar, rupa-rupanya penggemar setia kepada sebuah portal yang sering menyiarkan laporan dan tajuk-tajuk yang telah di’spin’ sehingga lari dari maksud sebenar.

Patutlah juga beliau dilihat secara konsisten menghentam 1DMB dan ‘menyerang’ abangnya sendiri. Penulis yakin, mungkin ada lagi maklumat-maklumat tentang GLC berkenaan yang beliau tersalah faham. Atau, mungkin ada ‘dendam’ yang tersirat yang kita tidak tahu, mungkin?

Penulis yakin bahawa beliau sememangnya seorang yang sentiasa sibuk. Namun sesibuk mana pun beliau, beliau masih punya waktu untuk berlaman sosial dan bersosial bersama rakan-rakan beliau, bukan?

Jadi, mengapa beliau tidak hadir sendiri ke PWTC untuk mendengar sendiri penerangan dan penjelasan dari Presiden merangkap CEO 1MDB, Arul Kanda? Setidak-tidaknya, ia mampu merungkai apa yang kusut dalam ‘serangan’nya terhadap 1MDB dan tidak perlu bergantung pada portal kesayangannya untuk berhujah dan dipadam kemudiannya.


Pada pandangan penulis, sebagai seorang yang adik kepada Perdana Menteri, beliau sudah tentu mempunyai kelebihan untuk bertemu dan bersemuka dengan Arul Kanda, untuk merungkai kefahaman beliau tentang isu syarikat tersebut.

Sekiranya beliau ikhlas, beliau boleh mengatur pertemuan dengan Arul selama mana tempoh yang beliau mahu untuk mendapatkan penjelasan penuh mengenai isu 1MDB secara tertutup dan peribadi.

Sekurang-kurangnya, beliau tahu tentang hal sebenar mengenai apa yang beliau pertikaikan selama ini menerusi komunikasi bebas secara ‘face to face’, sekaligus menamatkan pertikaian terhadap 1MDB dan serangan terhadap abang beliau.

Selain itu, insiden yang berlaku semalam itu membuatkan penulis teringat tentang seseorang yang dikatakan pernah ‘tersilap’ di sebuah laman sosial dan ‘terpaksa’ meletak jawatan secara ‘paksa rela’. Khabarnya, perletakan jawatannya itu ada kaitan dengan komennya juga tentang 1MDB. Masih ingat tentang ‘Mr B’?


Tapi, perlukah keputusan ‘terpaksa meletak jawatan’ itu harus berlaku sekali lagi kali ini? Pada penulis, tidak perlulah sehingga begitu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Itulah yang dianjurkan Islam. Yang penting ialah ikhlas dalam sesuatu yang dilakukan, bukan?

Justeru itu, penulis berharap adik Perdana Menteri itu mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Jika ada portal yang lebih baik dan ‘reliable’ ketepatan laporannya, maka lebih baiklah ‘berhijrah’. Berhijrah itu pun juga perlukan niat yang baik, bukan? Beliau boleh rujuk hadis Rasulullah SAW tentang ‘niat’…

Apapun, penulis tertarik dengan tindakan pengurusan 1MDB yang berani menjelas dan menerangkan tentang isu syarikat kendalian mereka secara terbuka di PWTC baru-baru ini. Sekurang-kurangnya ia tidak seperti DEIG yang makin ‘bisu’ tiada sebarang penjelasan atas beberapa soalan ‘maut’…

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top