Nuffnang

SPRM : Siasatan Tidak Kira Siapa Mahupun Agensi


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dan mengelpasti mana-mana isu rasuah secara telus yang melibatkan mana-mana organisasi di negara ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM‎, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, jika wujud isu rasuah ‎di mana-mana institusi, pihaknya akan jalankan penelitian terhadap maklumat yang diperolehi.

"Apa juga isu melibatkan rasuah kita akan teliti dahulu melalui Lembaga Penasihat SPRM bukan sahaja merujuk isu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) sahaja dan saya sebutkan secara umum.

"Ini termaktub dalam perlembagaan SPRM di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Malaysia 2009 dan sekiranya wujud unsur terbabit kita akan jalankan siasatan dan akan ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan‎ lawatan kerja dan melancarkan Program Gerak Mesra Merakyatkan SPRM Sempena Hari Anti Rasuah Sedunia (Karnival Futsal SPRM Kelantan) di sini, malam tadi.‎‎

Mustafar berkata, bagi memastikan isu rasuah dapat dibanteras di pelbagai institusi di Malaysia langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menyedarkan oran‎g ramai berhubung perkara itu.‎

Dalam perkembangan isu bantuan banjir melibatkan penyelewengan, pihaknya ada menerima rungutan ramai berhubung bantuan lambat sampai kepada mangsa terlibat.

"Kita terima aduan bukan berhubung isu rasuah tapi aduan tidak puas hati dan ekoran perkara itu kita telah wujudkan satu jawatankuasa secara 'adhoc'‎ dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan maklumat susulan berhubung perkara terbabit,"katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top