Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

AMEKKAU : Giliran PAS Sabotaj DAP!!!


Bagus...bagus... bagus.... PAS memulang semula ‘paku buah keras’ kepada DAP selepas parti itu menuduh PAS mahu melakukan perkara jahat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan menghalang DAP daripada mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan bertujuan mahu menyekat Cina menguasai bandar.

“Sebab itu kita (PAS) halang DAP daripada adakan pilihan raya PBT. Niat mereka mahu Cina kuasai bandar tanpa mempedulikan nasib kaum lain, kita tak akan benarkan.

“Jika bandar dikuasai DAP mereka halalkan arak dan judi kepada orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat parti itu di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Ahad.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya perlu berada dalam kerajaan negeri Selangor bagi menghalang PAS melaksanakan ‘dasar yang tidak baik’ kepada rakyat negeri itu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengusulkan supaya mengkaji pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada diadakan.

“Sewajarnya pilihan raya PBT perlu dikaji berdasarkan sosiologi.

“Bandar mesti dihidupkan secara bersama oleh pelbagai kaum dan bukan terhad kepada orang Cina saja,” jelasnya.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top