Nuffnang

USD 700 Juta : Mengapa Bukti WSJ DiPertikaikan!!!


Apabila muncul tuduhan bahawa sebanyak USD 700 juta wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan melalui pelbagai transaksi ke dalam beberapa akaun yang didakwa milik Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sendiri mengarahkan penubuhan Pasukan Khas menyiasat tuduhan tersebut. 

Pasukan penyiasat ini terdiri daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sebentar tadi Pasukan Khas ini mengumumkan enam akaun dibekukan tanpa menjelaskan milik siapa. 

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini. 

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015. 

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan. 

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit. 

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan. 

Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Malaysia
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia
Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara Malaysia
Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Namun Malaysiakini yang memetik sumber dalaman penyiasatan menyatakan tiga daripada akaun tersebut milik Mohd Najib Razak manakala tiga lagi tidak didedahkan oleh sumber tersebut.

This was revealed by a highly placed source familiar with the ongoing investigation into the scandal that has threatened Najib’s political career.
“Yes, the three accounts are his (Najib’s),” said the source, who spoke on condition of anonymity.  

“We have to be careful and tread cautiously on this matter,” he told Malaysiakini, but declined to reveal details on the other three accounts.

Malaysiakini Berbohong atau ada Brutus?

Mengapa sumber Malaysiakini mendedahkan tiga akaun milik Najib Razak tetapi enggan mendedahkan tiga lagi akaun yang dibekukan? 

Apakah ada yang lebih besar dari kedudukan Perdana Menteri sehinggakan tidak mengapa mendedahkan nama Najib tetapi tidak boleh dedahkan tiga akaun lagi?

Sama ada Malaysiakini berbohong atau ada orang tertentu dalam pasukan terbabit yang menjadi agen memporak-perandakan politik negara demi kepentingan pihak lain dalam UMNO.

Apakah ada Brutus di kalangan ahli pasukan Task Force ini?

Raja Petra Kamaruddin mengandaikan dokumen-dokumen ini sama ada diubah atau tulen telah dibocorkan kerana ada kumpulan tertentu khuatir penyiasatan mendapati tiada salah guna kuasa dilakukan oleh Mohd Najib Razak. Jika ini berlaku ia akan menjejaskan agenda mereka menukar Mohd Najib yang sudah terlewat sebulan.

The anti-Najib forces do not want to wait for the taskforce or PAC to complete their investigations. What if the taskforce or PAC comes out with a verdict that says Najib is innocent of all allegations and that they have not found any evidence to prove that the Prime Minister is guilty of embezzlement or stealing? After all, this is the allegation and if no theft is proven then the whole case against Najib falls to pieces. 

So before any conclusive evidence is revealed, that may or may not clear Najib, they want to ‘play safe’ and oust him now. In that way, in case the whole thing does not work out the way they hope, and Najib is not implicated in theft, then Najib would be out anyway so it no longer matters. 

Even while the taskforce, which Bank Negara is a member of, announces that the investigation is proceeding (see above), someone from Bank Negara leaks even more documents to the Wall Street Journal. The question is are these documents fake or doctored or are they authentic? And if they are authentic then who from Bank Negara or from the taskforce leaked these documents?

Tuduhan Ke Atas Najib Razak Masih Gosip Tanpa Bukti

Dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh Wall Street Journal hari ini langsung tidak menunjukkan kehadiran nama Mohd Najib Razak pada akaun terbabit yang sengaja dipadamkan. 

Jika benar ia akaun Mohd Najib Razak mengapa ia perlu digelapkan? Jika sebelum ini Wall Street Journal memaparkan keseluruhan nombor akaun bank yang dikatakan milik Mohd Najib mengapa hari ini menggelapkannya?

Jika dokumen tersebut dari sumber penyiasatan Malaysia mengapa sumber tersebut menggelapkan nama dan nombor tersebut sedangkan ia mahu menjatuhkan Mohd Najib? 

Apakah kerana ia tidak terkait dengan Mohd Najib maka ia perlu dihitamkan?

Malahan lebih mengejutkan, tuduhan bahawa ia akaun peribadi Mohd Najib tetapi terdapat terlalu banyak orang yang mengendalikannya. Bagaimana ia satu akaun peribadi jika ada beberapa orang boleh mengeluarkan wang atau melakukan transaksi?

Lihat surat Nik Kamil kepada Pengurus Ambank. Beliau melantik seseorang lain pula sebagai pengendali akaun terbabit apabila beliau dan pemegang akaun utama tiada dalam negara.


Sudah tiba masanya pasukan penyiasat ini mendedahkan keenam-enam penama akaun terbabit dan juga menyiasat siapakah “brutus” di kalangan mereka. 

LEBIH PENTING KITA MAHU WSJ TUNJUKKAN MANA BUKTI IA AKAUN MOHD NAJIB RAZAK. YANG ADA SEKARANGA HANYALAH NOMBOR AKAUN DENGAN ANDAIAN IA MILIK PERDANA MENTERI. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIBERIKAN WALAUPUN TAMPAK SEPERTI TULEN IA LANGSUNG TIDAK MENUNJUKKAN NAMA PERDANA MENTERI MOHD NAJIB RAZAK

- www.mykmu.net
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top