Nuffnang

PANASSS!!! Mukhriz Mula Terasa Bahang!!!


Menteri Besar Kedah, Mukhriz menafikan dakwaan bahawa bapanya, Mahathir , di belakang serangan berterusan terhadap pengendalian kontroversi 1MDB oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Tegasnya tidak timbul langsung bapanya terlibat dalam menukar fakta atau emel.

“Itu satu dakwaan dan tuduhan yang sangat-sangat tidak adil,” kata Mukhriz semasa berucap di majlis berbuka puasa di PWTC malam tadi.

Rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh seorang jurugambar bebas yang dikenali sebagai ‘minaq Jinggo’.

Minggu lalu, Najib menuduh Mahathir bekerjasama dengan rakyat asing berhubung dakwaan perdana menteri mengambil dana negara untuk kepentingan peribadi.

Najib merujuk kepada laporan Wall Street Journal yang mendakwa hampir AS$700 juta telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya daripada anak syarikat 1MDB.

Mukhriz turut menyangkal dakwaan bahawa Mahathir mempunyai sebarang hubungan dengan Xavier Andre Justo, bekas pekerja PetroSaudi International Ltd yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana didakwa cuba untuk memeras ugut bekas majikannya.

Pihak berkuasa Malaysia mendakwa bahawa Justo telah menyerahkan dokumen-dokumen yang didakwa telah ‘diubahsuai’ kepada pengkritik Najib, dan dengan itu, tuduhan terhadap 1MDB adalah palsu.

“Dan yang terbaru (dakwaan) melibatkan Justo, yang dikatakan dalang di sebalik menukar dokumen itu dan kononnya Tun Mahathir terlibat.

“Itu saya ingat, satu dakwaan yang sangat-sangat tak adil dan tak benar dan saya harap, tak panjanglah cerita itu,” kata Mukhriz. 
Share this article

1 Komen:

  1. Im going to sleep nowJanuari 26, 2016 3:27 PTG

    Annie tu bukan amoi cina lah. Annie tu lelaki melayu otai lah,,,apalah kesian sape yang teruja.
    Im going to sleep now.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top