Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

APA KES? Pelakon Wanita Malaysia Ditahan Polis China!!!


Berpunca daripada salah faham dengan pihak berkuasa di China, Sari Yanti telah ditahan ketika menjalani penggambaran drama Mencari Mubarakh di Turpan, Xinjang, China pada Jun tahun lepas.

Sari Yanti dan kru ditahan sewaktu mereka menjalani penggambaran di tanah perkuburan kerana didakwa menceroboh kawasan tersebut dan mereka telah dibawa menaiki trak polis. 

“Kalau ditahan, saya seorang sahaja perempuan. Saya dah suruh adik bersiap sedia untuk hubungi pejabat kedutaan kalau saya kena tahan. Alhamdulillah, semua itu hanya salah faham dan akhirnya kami dilepaskan dan meneruskan penggambaran,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Selain itu, tambah pelakin ini, dia juga telah dimasukkan ke hospital tempatan di sana kerana demam panas kerana cuaca yang agak panas iaitu sekitar 45 darjah celcius ditambah lagi dengan keadaan berdebu di kawasan padang pasir. 

“Cuaca di sana memang panas. Bila malam dingin sangat. Saya dan Shah Jaszle dimasukkan ke hospital kerana demam panas, gara-gara kami keletihan kerana perjalanan yang jauh. Sempat jugalah air dimasukkan ke dalam badan kami”

“Biarpun saya alami pelbagai dugaan tetapi saya suka tengok suasana di sana. Dapat lihat pokok anggur sepanjang jalan dan satu lagi masyarakat di sana suka makan tembikai. Sewaktu penggambaran, orang di sana macam biasa saja dengan aktiviti mereka,” katanya. (rtky/s)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top