Nuffnang

VIDEO : Hmmm...Pasti Ramai Meroyan Pula Dengan KJ!!!


KJ hari ini mendedahkan suatu perkara yang pasti membuatkan ramai pihak tidak senang duduk. Di hadapan wartawan ketika di Pejabat Perdana Menteri, kenyataan yang diberikan KJ ini pasti tidak dijangkakan oleh ramai pihak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, jemaah menteri sependapat untuk memberi ruang isu itu disiasat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

“Mesyuarat Kabinet hari ini ada membincangkan isu semasa.


“Perdana Menteri menjelaskan kepada kami bahawa beliau masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal. Seperti yang sudah diketahui, peguamnya telah mengirim surat tuntutan awal.

“Pasukan tindakan khas membabitkan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menyiasat perkara ini.

“Sehingga pasukan itu selesai menjalankan siasatan, masih terlalu awal untuk berikan sebarang komen,” kata Khairy selepas majlis penyerahan Program Felo Perdana ke tiga di Pejabat Perdana Menteri di sini, Rabu.

Khairy juga mengesahkan kabinet membincangkan mengenai menurunan nilai ringgi, bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Najib meninggalkan majlis itu sebaik selesai merasmikannya.

-mstar


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top