Nuffnang

1MDB : Kenyataan Balas Najib Buat TG Haron Din!!!


"Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara, takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara," bidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Iftar Bersama Rakyat Selangor di sini, hari ini.

"... Itu kalau saya hendak menyamunlah. Tentu sekali, saya sebagai Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dan harta benda milik rakyat. Itu merupakan janji saya.

"Sebab itulah saya kata saya akan rujuk peguam-peguam saya untuk tentukan tindakan susulan (tindakan undang-undang) sama ada dalam dan luar negara," katanya lagi.

Sebelum berucap, Najib dalam sidang media berkata, beliau kini sedang merujuk peguam-peguamnya bagi memutuskan tindakan lanjut terhadap pihak yang menyebar dakwaan dana RM2.6 bilion milik syarikat yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaunnya.

"Kita tidak boleh biarkan pihak-pihak luar menggugat atau menjatuhkan kepimpinan kerajaan," katanya lagi.

Portal The Wall Street Journal pada Khamis melaporkan pasukan penyiasat yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.

Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang diperoleh dari portal antarabangsa dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Najib dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang teguh menyokong beliau.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan tidak mudah percaya dengan pemberitaan tersebut.

"Datuk (Dr) Haron Din (Mursyidul Am Pas) pun menerusi kenyataan berkata tidak masuk akal saya melakukan perkara tersebut," tegasnya lagi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top