Nuffnang

FITNAH DI FB : Wanita Di Penjara Dan Denda!!!


Gara-gara tindakan melampau memfitnah seorang majistret dengan menulis status di laman sosial Facebook pada awal tahun ini, seorang wanita dihukum penjara tujuh hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

RAHIMAH SALIN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah menulis status di laman sosial Facebook yang memfitnah seorang majistret di Melaka, semalam.

Majistret Mohd. Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu selepas Rahimah Salin, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan memfitnah Mohd. Asri Abd. Rahman Sidek, 34, melalui akaun Facebook miliknya di Mahkamah Ayer Keroh, di sini kira-kira pukul 3.35 petang, 8 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 500 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Rahimah yang tidak diwakili peguam ketika mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijatuhkan berkata, dia telah insaf dan sedar perbuatan yang dilakukannya dalam keadaan tertekan itu adalah tidak wajar dan meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan ke atasnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syazwani Ishak yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius bukan sahaja menghina mahkamah tetapi juga telah menghina hakim secara peribadi.

“Kesalahan ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan institusi kehakiman negara dan hukuman yang berat harus diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam,” katanya.

Mahkamah memerintahkan Rahimah menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top