Nuffnang

WOW!!! Pengakuan Nora Danish Yang Dinantikan Peminat?


Sepanjang bulan Ramadan ini kita dapat lihat beberapa orang artis yang sudah mula berubah mengenakan hijab. Begitu juga dengan Nora Danish yang nampaknya memuat naik gambar-gambar yang kesemuanya berhijab di laman Instagramnya. Bahkan ada peminat-peminatnya itu menyuruhnya terus berhijab.

“Itulah, saya tak nak bertudung sebab peminat suruh. Biar ianya betul-betul datang daripada hati kita. Memang benda ini wajib sewajibnya. Jadi benda ini kalau boleh saya nak pakai ia selama-lamanya dan betul-betul sedia”

“Hati kita pun mestilah kena baik, ialah kita pun tengah menyucikan diri daripada segala duniawi. Hasrat untuk ke arah itu ada sebagai orang yang beragama Islam,” katanya yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran Safi Rania. 

Sementara itu, Nora turut berkata anak sulungnya itu Rayqal, telah pun mula berpuasa separuh hari dan tidak ada masalah untuk mendidik putera kesayangannya itu dalam menjalankan rukun Islam yang ke-4 itu.

“Saya latih dia berpuasa separuh hari dan Alhamdulillah dia boleh mengerjakannya dengan baik. Sebenarya Rayqal dah mula berpuasa pada tahun lepas lagi dan tidak ada maslah baginya untuk berpuasa pada tahun ini. Cuma kanak-kanak ini ada moodnya”

“Tahun ini dia berpuasa tidak minta apa-apa dan dia buat sukarela kerana berfikir dia ialah abang kepada adik-adiknya yang lain. Dia juga bersama saya untuk menunaikan solat tarawikh dan dia sangat teruja,” tanbahnya lagi.

Raya tahun ini juga Nora Danish serta keluarga akan bersama-sama bercuti di luar negara tetapi merahsiakan tempat percutian mereka itu di atas faktor keselamatan. (rtky/h)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top