Nuffnang

BOM JANGKA!!! Guan Eng Dedah PAS Akan Ditalkinkan!!!



“Usaha ini harus dijalankan oleh mereka yang benar-benar melawan Barisan Nasional. Saya cakap terus terang, kami tidak boleh bekerjasama dengan mereka yang masih mahu mengadakan kerajaan gabungan dengan Barisan Nasional! Tak boleh! Tak mungkin!!” - LIM GUAN ENG

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah dengan bermurah hati meraikan kumpulan Gerakan Harapan Baru dalam suatu majlis Berbuka bersama Ketua Menteri, anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Dalam ucapan mengalu-alukan para tetamu dari seluruh Negara pada majlis yang di adakan  di Hotel Light, beliau menegaskan bahawa usaha utama kita ialah untuk menumbangkan Barisan Nasional demi untuk memertabatkan negara, menyelamatkan negara serta memberikan harapan kepada orang muda bahawa negara ini adalah milik mereka dan bukan milik kroni-kroni tertentu.

Beliau menjelaskan, kita lebih suka bersama saudara seperjuangan yang telah berlawan! Janganlah yang lawan secara celup saja! Tak boleh pakai! Mungkin kenyataan tersebut, LGE maksudkan kepada kumpulan Gerakan Harapan Baru yang telah melawan dengan kelompok yang mahu mengadakan kerajaan gabungan dengan Umno/BN. 

Selanjutnya beliau menyatakan harapannya untuk menunggu perkembangan baru, yakni penubuhan satu parti baru, dimana akan mendapat menggabungkan semua petugas dan tenaga kerja yang berani menentang kuasa-kuasa rakus.


Kelompok pro-ulama dalam PAS telah mengambil mudah terhadap krisis dalaman yang menimpa parti itu baru-baru ini sejak mengambil alih kuasa dalam parti selepas muktamar yang lepas, apabila kelompok profesional telah ditolak.

Kepimpinan baru PAS, bagaimanapun, telah menunjukkan petanda mereka bimbang, menilai daripada amaran mereka yang disasarkan kepada golongan profesional dan penyokong mereka. Ini termasuklah yang datang dari kepimpinan tertinggi - presiden Hadi Awang, timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man - sehinggalah pegawai berjawatan rendah seperti ketua penerangan Nasrudin Tantawi. Semua memberi amaran kepada mereka yang berniat untuk meninggalkan PAS, perjuangan mereka akan dilaknat.

Mereka merujuk kepada nasib kumpulan serpihan sebelum ini seperti Hamim dan Berjasa, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS. Parti mereka telah ditewaskan dalam pilihan raya umum, dan hilang begitu saja selepas beberapa tahun. Mereka menyamakan situasi sekarang dengan parti Melayu Semangat 46, yang ahlinya kembali kepada Umno selepas pembubaran pada 1996.

Ianya menarik bahawa kumpulan pro-ulama tidak menyebut PKR dalam perbandingan mereka. Parti itu ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim yang memenangi beberapa kerusi parlimen pada 1999, kemudian membesar kepada parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, kumpulan profesional memegang kepercayaan bahawa mood rakyat dan kemenangan PKR untuk mewajarkan penubuhan parti baru. Kumpulan profesional tidak lagi berasa terdapat sebab untuk kekal dalam PAS kerana tiada lagi peluang atau ruang untuk mereka di sana. Pemimpin PAS masih lagi bertegas untuk memujuk Umno ketika pendapat umum begitu jelas anti-BN. Kumpulan profesional melihat peluang terhadap rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan dan mengulangi langkah PKR.

Khabar angin penubuhan parti baru telah menarik minat pemimpin PAS di semua peringkat. Mereka dikatakan telah mulai bosan dengan gaya kepimpinan Hadi yang mengikuti nasihat kumpulan pemikir parti tanpa soal dan mengekang kritikan.

Penolakan ini dapat dilihat ketika Mesyuarat Jawatankuasa Negeri Johor pertama, dengan hanya 11 orang yang hadir daripada 26 bahagian dalam negeri itu.

Mesyuarat pertama itu seharusnya dihadiri oleh 52 ahli, termasuklah pengerusi dan setiausaha bahagian, termasuklah Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfudz Mohamad. Mesyuarat berikutnya di Bakri, Muar yang telah dihadiri oleh pemimpin kumpulan profesional melihatkan kehadiran semua pemimpin PAS Johor. Mereka bersetuju kepada penubuhan parti baru dalam mesyuarat itu.

Di Kedah, dikatakan bahawa ketidakpuasan hati ahli-ahli PAS akan mengakibatkan ahli parti keluar beramai-ramai. Lebih teruk lagi, di peringkat pusat, beberapa penaja yang menyokong PAS selama ini juga telah pun pergi.

Dengan penurunan sokongan di peringkat negeri dan bahagian terhadap kepimpinan, penghijrahan beramai-ramai ahli PAS ke parti baru dijangkakan mempunyai kesan yang nyata kepada parti. Penghijrahan beramai-ramai mungkin menjadi lebih besar daripada pemindahan ahli Umno kepada Parti Keadilan Nasional pada 1999.

Tiada jaminan bahawa ahli-ahli yang kekal akan mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang. Maka pemimpin PAS berhak berasa takut. Mereka perlu berhadapan dengan kebarangkalian ditumbangkan di kawasan di mana kurang daripada 80 peratus pengundi bukan Melayu.

Kemenangan PAS bukanlah sesuatu yang pasti, termasuklah di Kelantan. Terdapat kebarangkalian bahawa PAS mungkin berhadapan pertembungan tiga penjuru seperti dalam pilihan raya umum 1978, apabila ianya telah dicabar oleh Umno dan parti serpihan Berjasa.

Parti baru akan kelihatan lebih segarr tanpa struktur didominasi ulama dengan kuasa veto. Tidak akan ada Majlis Syura Ulama atau sayap ulama untuk menentukan dasar parti.

Semua keputusan dibuat secara demokratik dalam mesyuarat pusat. Parti baru akan mirip kepada bagaimana Parti Pembangunan dan Keadilan (AK) yang dipimpin oleh Reccep Tayyib Erdogan di Turki membezakan diri parti mereka dengan parti Refah - sebuah parti mirip PAS - pada 2001.

Selepas setahun AK ditubuhkan, mereka memenangi pilihan raya umum Turki pada 2002 walaupu mereka telah dicabar oleh parti sekular yang lebih kukuh dan tentera Turki yang bertanggungjawab kepada perlembagaan sekular negara itu.

Parti baru itu dijangka akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri dan akan dipimpin oleh ahli parlimen dan ADUN PAS yang akan meninggalkan parti dalam gelombang pertama tentang apa yang akan jadi penghijrahan beramai-ramai dari PAS.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top