Nuffnang

PASUKAN KHAS : Kenyataan Media Dari 1Malaysia Development Berhad


Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 8 Julai 2015
Untuk siaran segera.


1MDB berikan kerjasama penuh kepada Pasukan Khas

Kami mengesahkan bahawa beberapa orang pegawai daripada Pasukan Khas yang sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB, telah hadir ke pejabat kami hari ini. Mereka dibekalkan dengan beberapa dokumen dan barangan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan. 

1MDB memberikan sepenuh kerjasama kepada Pasukan Khas ini dan semua pihak berkuasa yang berkenaan. Kami menekankan kedudukan kami sebelum ini bahawa jika terdapat sebarang salah laku, tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut proses yang wajar dan mengikut undang-undang negara.

Siasatan Hampir 8 Jam

Pasukan Petugas Khas yang menjalankan siasatan di pejabat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyelesaikan tugasan hari ini dengan membawa bersama kotak yang dipercayai mengandungi unit pemprosesan pusat komputer (CPU) selain bekas plastik berisi dokumen.
Barang-barang terbabit dilihat dibawa menaiki sebuah kenderaan polis dan meninggalkan perkarangan Menara IMC, yang menempatkan pejabat 1MDB sekitar jam 6.15 petang setelah hampir 8 jam berada di situ.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy enggan mengesahkan barang yang dirampas apabila ditemui sewaktu keluar dari bangunan itu pada jam 6.50 petang.

“Polis tiba jam 9.40 pagi dan menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya.

Pasukan membabitkan empat agensi iaitu Pejabat Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dipertanggungjawabkan menjalankan siasatan ekoran dakwaan Wall Street Journal (WSJ) kononnya wujud penyaluran dana berkaitan 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top