Nuffnang

1MDB : PERKASA Ni Talam 2 Muka Ke?


Ketua Wira PERKASA Malaysia Irwan Fahmi Idris hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Wall Street Journal (WSJ) yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kebenaran laporan berkenaan dan sekiranya bohong, pihak yang telah mengeluarkan kenyataan itu harus dibawa ke muka pengadilan.

“Kita gesa untuk siasat, sekiranya perkara ini tidak betul dan tidak wajarlah perkara ini difitnah sedemikian rupa.

“Ini bukan tentang mempersoalkan Datuk Seri Najib, ini soal integriti sesebuah negara. Saya dapat tahu media antarabangsa sudah pickup perkara ini dan kita mahu kesahihan perkara ini adakah benar, fitnah ataupun sebaliknya,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Dang Wangi.

Ketika ditanya bagaimana jika laporan dikeluarkan itu benar,  Irwan berkata, polis harus mengambil tindakan kepada Najib.

Dalam parti dia pun bersuara

Semalam WSJ melaporkan berlaku perpindahan dana 1MDB bernilai hampir AS$700 (RM2.6 bilion) ke akaun perseorangan yang menggunakan nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak"
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top