Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tun M VS Najib : Mufti Perak Sanggup Dan Bersedia!!!


KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria sedia untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perbalahan yang berlaku di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kesediaannya untuk menjadi orang tengah adalah untuk menghentikan perbalahan tersebut yang telah berlarutan setelah sekian lama yang boleh mendatangkan impak negatif dan ianya tidak lagi boleh dibiarkan berpanjangan.

“Sebab itu, tak boleh dibiarkan berlarutan. Saya sedia jadi orang tengah sekiranya diperlukan.

“Mereka perlu bersemuka dan berunding. Sekarang apa yang kita lihat, ialah orang ramai, rakyat turut sama terlibat. Mereka jadi mangsa, berpecah belah,” katanya, memetik laporan daripada Sinar Harian.

Katanya lagi, walaupun beliau boleh diibaratkan sebagai ‘hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong’, namun, beliau perlu melakukannya kerana perbalahan kedua-dua pemimpin tersebut akan memberi kesan terhadap negara, bangsa dan umat Islam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis sumbangan zakat dan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan asnaf dan fakir miskin di Parit Buntar, Perak, semalam.

Dalam sidang media yang sama, Harussani turut membidas mereka yang mudah terpengaruh dengan laporan media barat hingga menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri berhubung dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya lagi, perbuatan tuduh menuduh tersebut perlu dijauhi kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Sekiranya ada berlaku kesilapan oleh individu tertuduh sekalipun, ianya perlu ditegur berlandaskan syariat Islam dan bukannya menyebarkan maklumat palsu yang mungkin akan menjejaskan maruah tertuduh.

“Bagi saya, punca maklumat palsu dan berbaur fitnah tersebar cepat dalam kalangan kita adalah disebabkan sifat kebinatangan dan kesyaitanan yang ada dalam diri manusia yang mana sifat-sifat seperti takbur, was-was dan suka menfitnah timbul meskipun syaitan diikat pada bulan Ramadhan,” jelasnya lagi.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top