Nuffnang

KHALWAT : Penjawat Awam Terjun Hotel Elak Dicekup!!!



Gila..... mungkin itu perkataan terbaik bagi menjelaskan tindakan seorang penjawat awam yang panik apabila rahsianya berdua-duaan dengan pasangan yang bukan muhrim dikesan pencegah maksiat.

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga penjawat awam cedera di kaki dan kepala selepas terjun dari tingkat satu hotel bagi mengelak daripada dicekup pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), 5.30 pagi tadi. 


Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, beberapa pegawai melakukan pemeriksaan menyedari tindakan lelaki itu sebelum cuba menghalangnya. 

"Namun lelaki yang panik selepas menyedari kehadiran kami itu terus memanjat tingkap bilik hotel sebelum terjun ke atas khemah.

"Tindakan itu hanya mengundang padah apabila dia tergelincir sebelum terjatuh," katanya. Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Sambutan Tahun Baru 2015, seramai 44 individu berusia 17 hingga 50 tahun ditahan selepas disyaki berkhalwat. 

Turut ditahan dalam operasi 1 hingga 6.30 pagi itu ialah wanita berusia 50 tahun yang juga isteri orang bersama pasangan berusia 45 tahun. -Metro
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top